Berita Harian

Muzik jalanan kerohanian dakwah Seniman Muslim

Pengurusan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah guna cara tersendiri cari dana

- Oleh Latifah Arifin

Berdakwah melalui muzik dan menggalakk­an masyarakat membelanja­kan harta ke jalan Allah SWT adalah matlamat utama penubuhan kumpulan pemuzik jalanan atas nama Seniman Muslim yang aktif membuat persembaha­n di tempat awam termasuk di pasar raya besar, stesen minyak dan restoran.

Bermula sejak pertengaha­n 2018, Seniman Muslim ditubuhkan institut tahfiz harian, Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah yang beroperasi di Setia Ecohill Taipan, Semenyih.

Pengerusi Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah, Mohamad Azrein @ Haslam Shariff, berkata percaturan­nya melalui Seniman Muslim ternyata memberikan impak cukup besar, bahkan melalui inisiatif itu, wang yang dikumpul berhasil membiayai kos pendidikan 20 pelajar asnaf secara percuma.

“Di Riyadhul Jannah, kami memastikan cuma pihak pengurusan yang berusaha mencari dana bagi kos operasi tahfiz, justeru timbul idea menarik anak muda yang boleh menyanyi dan bermain alat muzik untuk bekerja dengan kami secara sepenuh masa.

Enam kumpulan

“Kini, Seniman Muslim sudah mempunyai enam kumpulan dalam kalangan 20 anak muda yang menyampaik­an lagu bertemakan keagamaan, selawat dan zikir, sambil mengedarka­n risalah mengenai Riyadhul Jannah.

“Projek ini tidak membabitka­n pelajar tahfiz, bahkan hasil daripadany­a membantu separuh daripada kos operasi bulanan tahfiz yang mencecah RM24,000.

“Bahkan mereka juga akan mengedarka­n risalah mengenai Riyadhul Jannah supaya kewujudan institusi ini diketahui masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah dan Penyerahan Sumbangan Penajaan Bas dan Pemberian Sumbangan kepada Pelajar Asnaf di sini, baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mahayudin Abu Bakar dan turut dihadiri Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ali Muda.

Menurut Mohamad Azrein, sambutan masyarakat terhadap Seniman Muslim amat luar biasa. Kutipan pada hari bekerja boleh mengumpul sehingga RM1,500, manakala pada hari minggu boleh mencecah sehingga RM4,000 sehari.

Dua pilihan pengajian

Mengulas mengenai corak pengajian di Riyadhul Jannah, beliau berkata, premis tahfiz itu menawarkan dua pilihan pengajian, iaitu harian dan mingguan.

“Di sini, padat dengan aktiviti ilmu, bagi pelajar harian kuliah mereka bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang, manakala mereka yang mahu belajar separuh masa boleh memilih memasuki kelas mingguan yang diadakan setiap Sabtu.

“Selain itu, setiap malam Riyadul Jannah turut dibuka bagi orang awam yang ingin mempelajar­i kelas agama termasuk al-quran dan Iqra’ selain kuliah fardu ain,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha memberikan keseimbang­an ilmu al-quran dan akademik, Riyadhul Jannah sedang merangka untuk memulakan kelas akademik kepada pelajarnya dalam masa terdekat.

“Riyadhul Jannah ingin mengambil langkah proaktif untuk anak-anak tahfiz di sini supaya mereka tidak ketinggala­n dalam pengajian akademik.

“Antara perancanga­n kami adalah menyediaka­n kelas akademik secara berjadual, misalnya minggu pertama diperuntuk­kan dua jam untuk mempelajar­i subjek Matematik dan Sains, manakala minggu kedua digilirkan dengan subjek lain,” katanya.

Di Riyadhul Jannah, kami memastikan cuma pihak pengurusan yang berusaha mencari dana bagi kos operasi tahfiz, justeru timbul idea menarik anak muda yang boleh menyanyi dan bermain alat muzik untuk bekerja dengan kami secara sepenuh masa” Mohamad Azrein @ Haslam Shariff, Pengerusi

Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Saya lihat usaha melalui Seniman Muslim ini amat baik, maknanya tidak lagi tahfiz dilihat sebagai institusi yang meminta-meminta sebaliknya ada inisiatif sendiri untuk memastikan kelancaran pengurusan­nya. Bahkan, kos pengajian disinijuga­cukup murah, cuma RM400 dengan kemudahan pengajian yang kondusif bersama dengan makan dan minum” Mahayudin Abu Bakar, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat

 ??  ??
 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH /BH ] ?? Mohamad Azrein mengedarka­n risalah mengenai Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah kepada orang ramai.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH /BH ] Mohamad Azrein mengedarka­n risalah mengenai Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah kepada orang ramai.
 ??  ??
 ??  ?? Kumpulan busking Kami Jadi Band membuat persembaha­n nyanyian serta menyampaik­an tazkirah bagi mencari dana untuk Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah di Flea Market De Bangi Gateway.
Kumpulan busking Kami Jadi Band membuat persembaha­n nyanyian serta menyampaik­an tazkirah bagi mencari dana untuk Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah di Flea Market De Bangi Gateway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia