Berita Harian

Dakwaan pelantikan tak ikut Akta SPRM 2009 tidak berasas

Mengikut Seskyen 5 (1), PM ada kuasa lantik orang luar daripada perkhidmat­an awam secara kontrak

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Dakwaan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengikut Akta SPRM 2009 kerana bukan individu daripada kalangan penjawat awam adalah tidak berasas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata daripada segi peruntukan undangunda­ng mengikut Seksyen 5 (1) akta itu, ia jelas menyatakan Yang di-pertuan Agong boleh melantik sesiapa saja atas nasihat daripada

Perdana Menteri untuk satu tempoh yang dipersetuj­ui Perdana Menteri.

Perbezaan dilantik daripada perkhidmat­an awam

Katanya, ia berbeza dengan Seksyen 5 (2) akta itu yang menyatakan jika individu yang dilantik daripada perkhidmat­an awam, pelantikan adalah mengikut tempoh masa yang masih ada dalam perkhidmat­an awam.

“Jika kita teliti dengan mendalam daripada Seksyen 5 (1), Perdana Menteri ada kuasa melantik orang luar daripada perkhidmat­an awam dan (orang yang dilantik) akan diberikan kontrak tempoh perkhidmat­an.

“Dalam hal pelantikan Latheefa, dia diberikan tempoh dua tahun (berkhidmat). Seksyen ini adalah jelas menyatakan Perdana Menteri mempunyai kuasa melantik sesiapa saja,” katanya ketika dihubungi

di sini, semalam.

Vui Keong berkata, ramai yang keliru dengan kedua-dua seksyen dalam akta itu, namun ia jelas menyatakan perbezaan antara pelantikan individu bukan dalam perkhidmat­an awam dan individu dalam perkhidmat­an awam.

Jika dilihat daripada sejarah SPRM juga, katanya, ramai Ketua Pesuruhjay­a SPRM yang dilantik sebelum ini bukan daripada SPRM.

“Ada sejarah (individu daripada luar perkhidmat­an awam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a), bukan pertama kali. Oleh itu, isu ini tidak relevan dan tidak berasas daripada segi undang-undang.

“Pelantikan Latheefa bukan di luar jangka kerana pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim dalam kenyataann­ya sebelum ini mendakwa pelantikan Latheefa tidak mengikut Akta SPRM 2009 kerana beliau bukan daripada kalangan penjawat awam.

Perwatakan tegas, tak menipu

Kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau sendiri yang memilih Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM kerana perwatakan­nya yang tegas, bercakap apa yang benar dan tidak menipu.

Perdana Menteri juga berkata beliau tidak berbincang dengan jemaah Menteri sebaliknya ada bertanya orang lain mengenai ketegasan Latheefa.

Beliau juga menolak dakwaan pelantikan itu bertentang­an dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) mengenai lantikan politik dan menjejaska­n fungsi SPRM sebagai badan bebas kerana Latheefa sudah keluar parti PKR.

Dalam hal pelantikan Latheefa, dia diberikan tempoh dua tahun (berkhidmat). Seksyen ini adalah jelas menyatakan Perdana Menteri mempunyai kuasa melantik sesiapa saja” Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam. BH
Keratan akhbar BH, semalam. BH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia