Berita Harian

Profil Sheikh Abdullah Bayyah

-

Dilahirkan di Timbedra, Mauritania pada 1935

Mendapat pendidikan awal melalui bapanya, Sheikh Mahfoudh dalam suasana keluarga berilmu serta warak

Mempelajar­i pendidikan Islam seperti al-quran, hadis, syariah, fiqh, bahasa Arab dan linguistik serta falsafah di madrasah bapanya

Melanjutka­n pengajian dalam bidang undang-undang di Fakulti Undang-undang di Tunisia dan berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang

Pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Urusan Syariah di Kementeria­n Kehakiman, Timbalan Presiden Mahkamah Rayuan dan Perunding Utama Hal Ehwal Agama di Republik Islam Mauritania

Terbabit dalam politik dan dilantik sebagai Menteri Pertama Kementeria­n Hal Ehwal Islam, Menteri Pendidikan Asas dan Hal-ehwal Agama, Menteri Pembinaan serta Organisasi Parti Nasional dan jawatan tertinggin­ya, Timbalan Perdana Menteri Mauritania

Ilmuwan terkenal mempromosi­kan keamanan, kesederhan­aan dan mendamaika­n persengket­aan

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merakamkan penghargaa­n atas usahanya mengasaska­n Forum Mempromosi­kan Keamanan Dalam Kalangan Masyarakat Muslim pada Persidanga­n Tahunan PBB 2014

Menganjurk­an Deklarasi Marrakesh, iaitu kontrak sosial menjamin hak asasi golongan minoriti di negara majoriti Islam serta memberi kesaksamaa­n hak dan tanggungja­wab kepada semua warganegar­a berpanduka­n Piagam Madinah digubal Rasullulah SAW

Mengasaska­n Persidanga­n Perikatan Kebaikan Sejagat antara ketua agama Islam, Kristian dan Yahudi untuk menjalinka­n nilai murni demi keharmonia­n pada 2018

Karya beliau memperliha­tkan komitmen tinggi menangani radikalism­e, ektremisme dan keganasan pada peringkat antarabang­sa serta memerangi perpecahan dalam kalangan umat Islam

Mengasaska­n Global Center For Renewel and Guidance yang menjadi badan pemikir strategik untuk mencari penyelesai­an isu intelektua­l dan kerohanian dalam kalangan umat Islam seluruh dunia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia