Berita Harian

UNISZA UNIVERSITI PERTAMA LANTIK 2 PENUNTUT JADI AHLI SENAT

Pelantikan bagi tempoh dua tahun sahut seruan Menteri Pendidikan

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi universiti awam pertama di Malaysia, melantik dua penuntut menjadi Ahli Senat universiti, semalam.

Mereka yang dilantik ialah penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropolog­i dan Dakwah), Harun Osman dan penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ahmad Kamil Makhtar.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabang­sa, Ahmad Suffian Mohd Dalizan dan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan, Ain Syazana Zolkepli, pula dilantik sebagai pemerhati dewan.

Naib Canselor UNISZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata pelantikan

itu adalah langkah strategik UNISZA bagi menyahut seruan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang mahu memberi nafas baharu dalam proses pemerkasaa­n penuntut.

2 pelajar sebagai pemerhati

“Kami melantik dua penuntut sebagai Ahli Senat universiti, manakala dua lagi sebagai pemerhati yang terdiri dalam kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISZA.

“Tempoh lantikan mereka selama dua tahun atau sehingga tamat pengajian dan UNISZA bercadang untuk melantik lebih ramai lagi ahli senat dalam kalangan penuntut mengikut keperluan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Senat Bulanan UNISZA di sini, semalam.

Sementara itu, Ahmad Kamil berkata, dia berasa bertuah diberi peluang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Senat UNISZA.

“Rasa terharu bercampur gugup apabila menjadi penuntut pertama dilantik sebagai ahli senat UNISZA dan saya berikrar akan menjalanka­n tanggungja­wab yang diamanahka­n sebaik mungkin.

“Pemilihan ini secara tidak langsung memberi pengalaman baharu kepada saya dan tiga rakan lagi, selain dapat membina jati diri sebagai seorang pemimpin,” katanya.

Harun pula berkata, dirinya tidak menyangka diberi kepercayaa­n oleh pihak UNISZA untuk memegang peranan penting sebagai Ahli Senat UNISZA.

Motivasi kepada pelajar

“Ia bukan sahaja peluang, tetapi penghargaa­n dan kepercayaa­n UNISZA kepada penuntut, sekali gus memberi motivasi serta perangsang kepada kami.

“Peluang yang diberikan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang, sekali gus memberi peluang kepada penuntut lain untuk merasai pengalaman bersidang di dewan Mesyuarat Senat UNISZA,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI/BH] ?? Hassan Basri Awang (tiga dari kanan) bersama Ahmad Suffian (kanan) dan Harun (dua dari kanan) selepas Mesyuarat Senat Bulanan UNISZA di Kuala Nerus, semalam.
[FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI/BH] Hassan Basri Awang (tiga dari kanan) bersama Ahmad Suffian (kanan) dan Harun (dua dari kanan) selepas Mesyuarat Senat Bulanan UNISZA di Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia