Fizi & Shakilla
Masing-masing 30 tahun, diijabkabulkan pada 18 Februari 2018 Mereka dikurniakan anak sulung pada 14 Mac lalu melahirkan anak. Jika boleh, saya mahu mencapai berat dalam lingkungan 50 kilogram (kg) sebelum beraksi depan kamera.
“Saat hendak bersalin dahulu, berat saya mencecah 83 kg. Saya sudah pun hilang sebanyak 13 kg setakat ini,” katanya.
Bercerita mengenai keseronokannya menjadi ibu, Shakilla berkata, ia pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
“Sebenarnya, saya berasa seperti baru sahaja mendirikan rumah tangga. Hakikatnya, sudah dua tahun masa berlalu.
“Kami juga sebenarnya pernah merancang untuk menikmati masa berdua terlebih dahulu sebelum memikirkan soal zuriat. Namun, nampaknya rezeki untuk menimang cahaya mata tiba lebih awal.
“Proses kehamilan juga rasanya berlangsung begitu cepat. Alih-alih, dia sudah pun lahir ke dunia ini,” ujar Shakilla sambil memaklumkan, Ameena tetap mahu tidur bersama mereka walaupun sudah mempunyai katil sendiri.
Bukan nak jadikan artis
Seperti sebahagian artis yang mewujudkan akaun Instagram untuk anak masing-masing, Shakilla dan suami juga tidak ketinggalan berbuat demikian.
“Niat kami mewujudkan akaunnya sendiri di bawah nama @ ameenasofia_ bukan kerana hendak menjadikannya sebagai artis. Ia lebih kepada usaha mendokumentasikan perjalanan hidupnya. Tambahan pula inilah anak pertama kami.
“Kami juga seboleh-bolehnya tidak mahu mencampuradukkan Instagram sendiri dengan akaunnya. Sebaik-baiknya, kami cuba asingkan antara kerjaya dan anak. Sekalisekala memuat naik gambar anak di Instagram sendiri mungkin tidak mengapa, tetapi kalau selalu berbuat begitu, orang akan muak.
“Peringkat awal dahulu, saya tiada pilihan kerana dia belum memiliki akaun sendiri. Saya pula asyik menghadap muka anak setiap hari, maka gambar dialah yang dimuat naik ke laman sosial terbabit,” katanya.
Shakilla juga tidak terfikir untuk membiarkan anaknya ‘bekerja’ pada usia begitu muda.
“Biarlah saya dan suami yang penat cari duit untuknya. Rasanya, kami takkan membiarkan anak berlakon ketika dia masih begitu kecil,” katanya.