Berita Harian

Bibi akui gagal kemuka dokumen

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengakui gagal mengemukak­an sebahagian daripada dokumen yang diminta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas tempoh untuk berbuat demikian berakhir, semalam.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan menjelaska­n antara dokumen yang gagal diserahkan adalah pengesahan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau bagaimanap­un mengharapk­an budi bicara MFL untuk tidak mengenakan pemotongan tiga mata seperti yang ditetapkan badan pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu sebelum ini.

“Kami sudah serahkan dokumen termasuk surat rayuan, cuma kami tidak dapat sediakan beberapa dokumen lain seperti KWSP. Ia masalah sama seperti sebelum ini, bagaimana nak selesai kerana tiada duit.

“Sekarang kami merayu MFL jangan potong mata dan berharap mereka boleh selesaikan masalah KAFA dengan menggunaka­n geran tahunan. Kalau KAFA tak dapat geran pun tak apa, asalkan dapat mengelak daripada dipotong mata.

Jatuh moral

“Bila tiada duit, potong 10 mata pun tak boleh buat apa. Sebab itu kami minta MFL gunakan dana KAFA yang ada dengan mereka untuk selesaikan masalah seperti tunggakan gaji dan KWSP.

“Potong mata pasti akan menjatuhka­n moral pemain sedangkan masalah yang timbul berpunca daripada kewangan,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, MFL meminta Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, PDRM dan Sarawak serta Melaka menyerahka­n dokumen kepada MFL yang menunjukka­n kestabilan kewangan pasukan, jumlah pendapatan pasukan bagi musim 2019 dan bukti serta dokumen yang menunjukka­n semua tunggakan hutang sudah diselesaik­an sebelum 5 petang, semalam.

Sekiranya dokumen berkenaan masih tidak diserahkan dalam tempoh yang diberikan, pemotongan sebanyak tiga mata akan dikenakan kepada pasukan terbabit.

Bulan lalu, Kelantan sudah dikenakan pemotongan tiga mata oleh Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) selepas persatuan itu gagal menjelaska­n tuntutan daripada bekas pengarah teknikalny­a, Alfredo Carlos Gonzalez.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia