Berita Harian

Harap podium di Le Mans jadi tonik terbaik

-

di tempat ke-14.

Malang untuk pelumba Moto2 pasukan, Mattia Pasini. Namun apa yang penting, dia tidak cedera dan akan kembali beraksi di Sirkit Mugello (GP Itali) iaitu perlumbaan di laman sendiri.

Bagi pelumba Motogp pasukan, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli, kami gembira dengan keputusan dalam kelompok 10 teratas diraih mereka.

Raih keputusan baik

Quartararo melakukan hanya sedikit kesilapan. Saya percaya sekiranya dia buat permulaan yang bagus, pastinya dapat berentap dengan pelumba di kelompok depan.

Dari sudut sasaran awal untuk Quartararo, kami dapat lihat yang dia sudah pun mendahului kedudukan rookie (muka baharu) manakala Morbidelli meraih keputusan yang agak baik.

Kami mengharapk­an dia meraih penamat dalam kelompok enam terbaik tetapi tempat ketujuh pun sudah memadai.

Secara keseluruha­n satu perlumbaan yang positif daripada PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team dan kami boleh mempamerka­n peningkata­n di setiap pusingan.

Untuk Mugello, sudah tentunya kami akan melakukan yang lebih baik. Selain itu, saya mahu menyentuh mengenai prestasi pelumba pelapis Malaysia yang gagal memberi keputusan terbaik di Kejuaraan Remaja Moto3 CEV di Le Mans.

Pelumba muda kami perlu memberi tumpuan yang lebih dan belajar daripada pelumba pasukan PETRONAS Yamaha SRT dan juga PETRONAS Sprinta Racing.

Mereka seharusnya menghargai apa yang dilakukan pasukan seperti persediaan latihan, peralatan dan infrastruk­tur yang diberikan di Malaysia dan luar negara.

Saya sangat kecewa dengan Izam dan Idil kerana tidak menunjukka­n kesungguha­n dan keinginan untuk berada dalam kelompok pungutan mata.

Saya akan berbincang dengan Zulfahmi (pengurus pasukan) dan kami perlu melakukan sesuatu. Sekiranya tidak, keadaan tentunya akan menjadi lebih sukar untuk peminat sukan permotoran melihat adanya pelumba muda Malaysia di Kejuaraan Dunia terutamany­a sekali di pasukan PETRONAS Sepang Racing pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia