Berita Harian

Penjawat awam kena tipu RM1J

Wanita dakwa akaun bank disalah guna untuk beli dadah

-

Seorang penjawat awam di bandar raya ini hanya mampu berputih mata selepas kerugian RM1 juta akibat diperdaya seorang wanita yang mendakwa dari Mahkamah Terengganu awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata mangsa yang berusia 52 tahun pada mulanya dihubungi menerusi telefon oleh seorang wanita bernama Syaifa Omar dari Mahkamah Terengganu pada 7 Mei lalu.

“Wanita itu mendakwa akaun mangsa disalah guna untuk tujuan jenayah iaitu bagi pembelian dadah dan menggelapk­an wang sebuah bank berjumlah RM90,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mustafa berkata mangsa kemudian dihubungi seorang lelaki bernama Sufian Sulaiman, menyatakan akaun mangsa digunakan untuk menggelapk­an wang dan penyeludup­an dadah.

Diminta pindahkan wang

“Mangsa kemudian diminta memindahka­n wang dalam akaun mangsa ke akaun lelaki berkenaan untuk mengelak akaunnya dibekukan.

“Mangsa diarahkan untuk menukar nombor telefon bagi pendaftara­n sistem perbankan dalam talian ke nombor telefon diberikan lelaki itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian memasukkan wang keseluruha­n RM1,096,800 ke akaun lain milik mangsa secara berperingk­at mulai 7 Mei hingga 20 Mei melalui 18 transaksi.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan melalui mesin Pengeluara­n Wang Automatik (ATM) dan mendapati baki akaunnya tinggal RM21 sahaja,” katanya.

Beliau meminta orang awam supaya tidak melayan sebarang panggilan telefon yang meragukan dari individu tertentu yang tidak dikenali dan menghubung­i talian JSJK 013-2111222 jika mempunyai maklumat berkaitan dengan Macau Scam.

“Polis atau agensi kerajaan tidak pernah meminta orang untuk memasukkan wang atau bayaran melalui mesin ATM untuk bayaran seperti saman ke akaun peribadi tertentu,” katanya.

 ?? [FOTO MELVIN JONI /BH] ?? Mustafa Kamal menunjukka­n wajah individu yang dikehendak­i polis pada sidang media di IPK Sarawak di Kuching, semalam.
[FOTO MELVIN JONI /BH] Mustafa Kamal menunjukka­n wajah individu yang dikehendak­i polis pada sidang media di IPK Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia