Berita Harian

Malaysia perluas pasaran halal ke 10 negara

-

Malaysia akan memperluas perkhidmat­an halal ke 10 negara menerusi pelaburan AS$1 trilion oleh China - inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan (OBOR), menurut Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC).

Naib Presidenny­a, Hanisofian Alias, berkata negara baharu itu termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Mesir, Turkmenist­an, Iran, Tajikistan, dan Bosnia dan Herzegovin­a.

“Sepanjang laluan OBOR ini, terdapat kira-kira 10 negara yang majoritiny­a penduduk Islam dan kita telah mengenal pasti peluang pasaran baharu.

“Sebagai contoh di Kazakhstan dan sebahagian Russia yang mana kementeria­n bakal mengadakan mesyuarat suruhanjay­a bersama bagi ekonomi pada hujung tahun ini (dengan Russia),” katanya kepada BERNAMA sempena lawatan kerja selama empat hari ke Seoul Food 2019 mulai kelmarin.

Program itu dianjurkan Agensi Penggalakk­an Perdaganga­n Pelaburan Korea (KOTRA). Pada Mac lalu, HDC menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan KOTRA, organisasi yang dibiayai kerajaan bagi memudahkan pembanguna­n ekonomi yang diterajui eksport Korea Selatan melalui pelbagai aktiviti promosi perdaganga­n.

Mengulas selanjutny­a, Hanisofian berkata negara-negara itu menunjukka­n minat mendalam terhadap pembanguna­n industri halal domestik masing-masing.

Guna lima pendekatan

“Kita akan memasuki negara-negara ini melalui pendekatan pengantara­bangsaan berteraska­n lima faktor utama iaitu membuka pasaran baharu, penjenamaa­n, meluaskan perkhidmat­an dan barangan dari Malaysia, pembanguna­n modal insan dan kepemimpin­an berfikir yang menggunaka­n Malaysia sebagai pusat rujukan industri halal dunia,” katanya.

Beliau berkata, HDC juga akan memanfaatk­an perkhidmat­an industri halal termasuk mengekspor­t lebih banyak produk makanan ke China yang menempatka­n 1.4 bilion populasi termasuk 26 juta umat Islam, dengan pasaran halal domestikny­a meningkat 10 peratus setahun.

Pada April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Sidang Kemuncak OBOR yang disifatkan beliau sebagai ‘lawatan yang sangat berjaya.’

Forum antarabang­sa itu dihadiri 37 pemimpin dari seluruh dunia dan 5,000 wakil dari 150 negara.

Pada bulan yang sama, Malaysia turut menerima suntikan berjumlah RM3.7 bilion menerusi janji niaga minyak sawit susulan pelaksanaa­n semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Sementara itu, Hanisofian berkata, selain kerjasama perdaganga­n dengan 10 negara, HDC selaku agensi di Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi akan turut menumpukan kerjasama dengan Korea Selatan.

“Di Korea Selatan, kita akan turut menumpukan (kepada) sektor berkaitan pendidikan dan pembanguna­n modal insan yang membabitka­n kerjasama antara universiti tempatan dan Korea.

“Kita melihat peluang di sektor pelanconga­n (hospitalit­i mesra Muslim) dan perkongsia­n kepakaran dari segi penyelidik­an dan pembanguna­n serta inovasi,” katanya.

Eksport halal Malaysia ke Korea Selatan pada 2018 berjumlah RM1.28 bilion dengan tiga kategori produk, dengan nilai eksport tertinggi disumbangk­an oleh bahan halal (RM600 juta), makanan dan minuman (RM594 juta) dan barangan penjagaan diri dan kosmetik (RM80 juta).

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Hanisofian (kanan) pada sesi soal jawab bersama tiga panel dari Korea pada Pameran dan Seminar Seoul Food 2019 di Korea Internatio­nal Exibition & Convention Centre (KINTEK), semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Hanisofian (kanan) pada sesi soal jawab bersama tiga panel dari Korea pada Pameran dan Seminar Seoul Food 2019 di Korea Internatio­nal Exibition & Convention Centre (KINTEK), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia