Berita Harian

Henti sebar maklumat cetus resah

Kementeria­n sahkan tiada jangkitan dilapor

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Kementeria­n Kesihatan menegaskan, tiada kes cacar monyet dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang ramai diminta tidak menyebarka­n maklumat atau berita palsu, yang boleh menimbulka­n keresahan masyarakat.

“Kementeria­n ingin merujuk kepada berita yang tersebar luas melalui media sosial, mengenai kejadian cacar monyet didakwa berlaku di Johor dan Kuala Lumpur, namun tiada kes itu dikesan atau dilaporkan di Malaysia.

Kes di Singapura

“Melalui laporan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes cacar monyet terkini yang dilaporkan adalah di Singapura pada 9 Mei lalu, membabitka­n seorang warga Nigeria yang tiba ke Singapura pada 28 April bagi menghadiri bengkel. Ia adalah kes pertama dilaporkan di Asia.

“Langkah pencegahan dan kawalan ketat sudah dan sedang dijalankan Kementeria­n Kesihatan Singapura, bagi mengurangk­an risiko penularan penyakit, termasuk kuarantin ke atas 23 orang yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes bagi pemantauan status kesihatan mereka.

“Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan oleh pihak Kementeria­n Kesihatan Singapura menjadi kontak kepada kes cacar monyet itu,” katanya, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, Kementeria­n Kesihatan sudah mengeluark­an surat makluman kepada fasiliti kesihatan, bagi memberi makluman umum pengendali­an kes dan juga soalan lazim mengenai jangkitan cacar monyet bagi rujukan orang awam.

“Kementeria­n juga menasihatk­an pelancong yang ingin pergi ke kawasan yang melaporkan kejadian cacar monyet di Afrika Tengah dan Barat, untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

“Mengekalka­n kebersihan diri yang tinggi, termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor.

“Mengelakka­n daripada sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti, sama ada manusia mahupun haiwan, serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh kes seperti pakaian kotor digunakan oleh orang dijangkiti,” katanya.

Virus cacar monyet disebarkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung, dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan dijangkiti.

Disebar melalui penafasan

Virus itu boleh disebarkan melalui titisan pernafasan selain kontak langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian.

Tempoh inkubasi biasanya antara enam hingga 21 hari.

Pesakit akan mengalami gejala selama dua hingga empat minggu dengan tanda dan gejala jangkitan seperti demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapu­lar, yang bermula di muka sebelum melarat ke tapak tangan dan kaki, diikuti oleh bahagian tubuh yang lain.

 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia