Berita Harian

Teladan Raja, rakyat berpisah tiada

Bekas pengasuh turut sifatkan baginda amat prihatin kakitangan istana

-

Kebaikan hati dan sifat penyayang Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah, menjadi kenangan teristimew­a buat rakyat Pahang.

Antara yang terkesan dengan kemangkata­n Almarhum ialah Hashimah Mat Ali, 80, bekas pengasuh anakanda keempat baginda, yang menyifatka­n Sultan Ahmad Shah sebagai insan yang amat baik dan prihatin kepada semua pekerja.

Hashimah adalah pengasuh kepada Sultan Pahang keenam dan kini Yang di-pertuan Agong, Alsultan Abdullah Ri’ayatuddin Almustaffa

Billah Shah.

“Sepanjang saya mengasuh Alsultan Abdullah, Almarhum melayan saya dan pekerja lain dengan baik dan sering bertanya kebajikan kami. Saya hanya berusia 17 tahun ketika mula bekerja di Istana, jadi sudah pasti berasa takut dan gerun apabila bertemu orang besar.

Sentiasa beri kata semangat

“Takut jika ada yang tersilap, apatah lagi anak asuhan saya adalah anak raja, tetapi Almarhum begitu lembut dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya untuk terus bekerja dengan baik,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bekas Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Daerah Pekan, Abdul Kadir Bakar, 68, pula menyifatka­n Almarhum sebagai raja yang begitu dekat dengan masyarakat kerana sentiasa sedaya-upaya bertemu rakyat yang menghadapi kesusahan.

“Almarhum dikenali sebagai raja yang sangat sayang rakyatnya. Baginda benar-benar mencermink­an pepatah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’. Bila mencemar duli bertemu rakyat, Almarhum tidak terkongkon­g dengan protokol, boleh bergurau dan tidak hairan baginda dekat di hati kami semua,” katanya.

Abdul Kadir juga mengenang kembali kenangan melihat Almarhum mencemar duli menaiki bot bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat dalam kejadian lemas di Sungai Pahang.

Sementara itu, anak jati Pekan, Datuk Hanizah Ghazali, 61, berkata Almarhum tidak mementingk­an kedudukan dan banyak mengetepik­an protokol semata-mata untuk mendekati rakyat.

“Ketika hayat baginda, rakyat sering terserempa­k baginda selesa memandu kereta, bersiar-siar sambil menyapa rakyat yang ditemui. Rakyat amat hormat kepada baginda kerana baginda tidak lokek memberi bantuan dan kata-kata semangat.

“Semangat juang baginda terhadap sesama insan amat kuat, malah baginda kerap turun padang melihat sendiri keadaan hidup masyarakat di negeri ini,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] ?? Hashimah menunjukka­n gambar kenangan ketika bekerja di istana Pahang.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] Hashimah menunjukka­n gambar kenangan ketika bekerja di istana Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia