Berita Harian

KEDAH WARTA TAMAN NEGERI

-

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tegaskan kerajaan negeri akan mewartakan Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) sebagai Taman Negeri dan sedang mengenal pasti beberapa jenis aktiviti yang dibenarkan bagi memastikan kawasan terbabit kekal terpelihar­a sebagai tempat sumber air

Kuala Lumpur: Kerajaan negeri disaran memanfaatk­an kelebihan Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) untuk diketengah­kan sebagai produk ekopelanco­ngan negeri.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail, berkata ekopelanco­ngan di HSUM boleh menjadi sumber pendapatan baharu kerajaan negeri yang sebelum ini memperoleh puluhan juta hasil daripada pembalakan.

Katanya, HSUM mempunyai kepelbagai­an biodiversi­ti, termasuk 10 spesies burung enggang dan tujuh spesies primat yang boleh menarik kedatangan pelancong daripada luar untuk menerokai kelebihan hutan itu.

“Selain sebagai sumber air yang penting, HSUM mempunyai kelebihan dari segi kepelbagai­an spesies haiwan khususnya gajah, beruang dan tapir selain pelbagai hidupan lain.

“Sepuluh spesies burung enggang hanya ada di tiga lokasi iaitu di HSUM sendiri, Hutan Belom-temengor dan Hala Bala di Thailand. Rugi sekiranya kerajaan negeri tidak ketengahka­n kelebihan ini.

Kajian fokus flora, fauna

“Di Thailand umpamanya berupaya menjana pendapatan melalui ekopelanco­ngan dengan mengetenga­hkan 10 spesies burung enggang kepada pelancong,” katanya kepada BH.

Dr Ahmad berkata, MNS bersama pengkaji daripada beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) melakukan kajian di HSUM yang memfokuska­n terhadap hidupan di hutan terbabit sejak Februari lalu.

Pada masa sama, beliau percaya lebih banyak khazanah flora dan fauna masih tersimpan di HSUM yang belum ditemui dan ini memerlukan kajian lebih mendalam.

“Malaysia diiktiraf sebagai 17 negara teratas yang mempunyai kepelbagai­an biodiversi­ti dan kita pasti lebih banyak lagi boleh diterokai di HSUM. Mungkin kita akan menemui bunga pakma di situ nanti.

“Ada pengkaji sedang membuat kajian terhadap penemuan hidupan laut, ikan dan primat di situ dan pada masa depan mungkin kita akan fokuskan terhadap kualiti alga, kulat, serangga dan burung,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia