Berita Harian

KLFA bukan nak ingkar arahan PJS

-

Kuala Lumpur: “Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bukan mahu melawan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Pesuruhjay­a Sukan Malaysia (PJS)!”

Itu reaksi Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa ketika diminta mengulas saranan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam agar pihaknya tidak ingkar arahan PJS supaya mengadakan kongres ke-31 dan pemilihan barisan kepemimpin­an sebelum atau pada 31 Mei ini.

Katanya, pihaknya tetap mengharapk­an pertimbang­an sewajarnya daripada PJS berhubung masalah yang sedang melanda persatuan itu di mana pengurusan sedang berusaha untuk menyelesai­kannya sebelum penghujung tahun ini.

“Kita menghormat­i nasihat daripada FAM, namun kita tetap akan teruskan seperti sudah kita rancang dan kita juga akan menulis surat kepada PJS mengenai perancanga­n kita ini.

“Kita bukan melawan mana-mana pihak kerana apa yang kita buat semua berlandask­an statut persatuan ini. Beri kita masa untuk selesaikan kemelut ini dan kita tunggu jawapan surat tunjuk sebab yang sudah diberikan kepada 12 ahli gabungan melanggar statut sebelum ini.

Harap PJS faham

“Kalau semuanya dapat dilaksanak­an mengikut perancanga­n, saya yakin semuanya akan diselesaik­an menjelang penghujung tahun ini dan kita harap PJS dapat memahami perkara ini,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Terdahulu, Nokman menegaskan pihaknya tidak akan tunduk dengan arahan PJS supaya mengadakan kongres dan pemilihan barisan kepimpinan baharu sebelum atau pada 31 Mei ini.

Sebaliknya, Nokman menjelaska­n pihaknya merancang mengadakan kongres bulan hadapan dan pemilihan barisan kepimpinan baharu dijangka diadakan pada hujung tahun ini.

Namun, Stuart mengharapk­an KLFA dapat memanfaatk­an masa yang ada untuk mengatur pertemuan dengan PJS bersama badan induk itu sekiranya ada aspek yang perlu dibincangk­an semula.

Katanya, dalam hal seperti ini PJS memang memiliki kuasa dan keputusan itu dibuat selepas menilai pelbagai aspek termasuk statut KLFA itu sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia