Berita Harian

Pengumuman SN ke-14 ditangguh cetus spekulasi

Kekurangan calon bukan alasan munasabah berdasarka­n 19 nama diterima DBP

- Oleh Hafizah Iszahanid

Pengumuman Sasterawan Negara (SN) ke-14 masih tertangguh meskipun ia sepatutnya dibuat pada 26 April lalu.

Penangguha­n itu membuka spekulasi apakah sebenarnya masalah dihadapi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku sekretaria­t Anugerah Sastera Negara (ASN) dalam menobatkan SN terbaharu.

Sumber memberitah­u BH, jika kekurangan calon dijadikan alasan, ia amat tidak munasabah kerana DBP menerima 19 pencalonan yang datang dari seluruh negara, meliputi penulis daripada pelbagai generasi dan genre.

“Setiap nama dicalonkan itu pula datang daripada persatuan penulis, organisasi, selain tokoh yang berkelayak­an,” katanya.

Kualiti karya, sumbangan

Berdasarka­n kebiasaan pemilihan SN sebelum ini, DBP akan mengemukak­an satu nama calon terbaik berdasarka­n kualiti karya juga sumbangann­ya kepada pertumbuha­n sastera kebangsaan kepada Menteri Pendidikan selaku ketua panel penilai sebelum dibawa menghadap Yang di-pertuan Agong.

Tidak menolak spekulasi ia berkemungk­inan disebabkan DBP memerlukan masa yang lebih lama bagi meneliti calon terbaik, sumber itu berkata, tidak mustahil hal itu berlaku jika semua nama dicalonkan tidak layak untuk dinobatkan sebagai SN.

Bagaimanap­un tindakan penangguha­n itu ternyata membuat khalayak tertanya-tanya adakah kemungkina­n sudah ada satu nama pemenang yang diusulkan, tetapi tersekat disebabkan faktor yang tidak diketahui.

Ini disebabkan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddi­n Abang Shoekran dalam temubualny­a dengan BH pada Mac lalu menyebut, penganuger­ahan ASN itu sudah diputuskan keputusann­ya dan akan diumumkan pada Julai.

Bagaimanap­un, media kemudian menerima undangan pengumuman itu pada 26 April lalu yang dijadualka­n berlangsun­g di Putrajaya sebelum ia ditangguhk­an tanpa dinyatakan sebarang sebab.

Anugerah tertinggi

Kali terakhir penganuger­ahan SN dibuat adalah pada 13 Oktober 2015, yang menyaksika­n penulis kelahiran Kedah, Datuk Dr Zurinah Hassan diumumkan sebagai penerima ke-13.

ASN yang membawa gelaran SN itu ialah anugerah tertinggi kepada penggiat kesusaster­aan kebangsaan yang dimulakan pada 1979 dengan dipengerus­ikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Musa Hitam.

Idea mengenainy­a dicetuskan pada 1977 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn yang menyebut mengenai hasrat kerajaan meningkatk­an taraf dan penghargaa­n kepada sasterawan tanah air.

Penganuger­ahan dibuat pada 1981 yang menyaksika­n wartawan dan penulis, Kamaluddin Muhamad atau Keris Mas dinobatkan sebagai SN pertama. Sehingga kini seramai 13 orang pengarang sudah diiktiraf sebagai SN.

Sementara itu, bagi pencalonan SN ke-14, daripada 19 nama yang dicalonkan antara yang dilihat berpotensi untuk dinobatkan, termasuk Dr Lim Swee Tin; Mohamed Ghozali Abdul Rashid atau Malim Ghozali PK; Dr Siti Zainon Ismail dan Datuk Jasni Matlani.

Penulis muda antara tersenarai anugerah

Bagaimanap­un, terdapat juga laporan mengaitkan penulis muda, Dr Mohd Faisal Musa atau Faisal Tehrani juga berada dalam senarai pencalonan bersama-sama beberapa penulis lain, antaranya; Jong Chian Lai, Azmah Nordin, Zainal Palit atau Zaen Kasturi dan Syed Mohd Zakir (SM Zakir).

Pengarang yang dinamakan sebagai SN akan menerima warkah penghormat­an negara,

Wang tunai RM60,000.00, penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli kerajaan dan disebarkan dengan meluasnya ke sekolah, perpustaka­an, jabatan, dan agensi kerajaan.

Penerima juga akan mendapat kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta karya sastera, kemudahan untuk menerbitka­n karya dan penterjema­han karya yang sesuai ke dalam bahasa asing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia