Berita Harian

‘Razak tak suruh bunuh Amina’

Saksi beritahu majikan hanya suruh lindungi rumah, keluarga

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Mahkamah Tinggi diberitahu, penganalis­is politik, Dr Abdul Razak Baginda, mengaku kepada setiausaha­nya bahawa beliau tidak pernah menyuruh bekas pegawai polis, Azilah Hadri, membunuh seorang wanita bernama ‘Amina’.

Siti Aisyah Mohd Azlan, 36, yang masih lagi bekerja dengan Abdul Razak, berkata majikannya itu memberitah­u bahawa beliau hanya meminta Azilah, yang juga defendan pertama dalam kes saman RM100 juta oleh keluarga wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, untuk melindungi rumah dan keluarga lelaki itu.

Katanya, ketika menjawab soalan peguam Sangeet Kaur Deo, Abdul Razak juga memberitah­u bahawa Azilah bukan polis biasa, sebaliknya pegawai berpangkat Cif Inspektor.

“Saya diberitahu oleh defendan ketiga (Abdul Razak) pada 7 November 2006, waktu pagi semasa dia memanggil saya ke biliknya. Tarikh saya tidak berapa ingat sekarang tetapi mengikut keterangan terdahulu saya, itu adalah tarikhnya.

Perkara buruk berlaku

“Dia beritahu saya sesuatu yang buruk sudah berlaku. Defendan ketiga berkata ‘Amina’ sudah mati. Saya tanya siapa yang melakukann­ya, dia kata Azilah yang lakukan,” katanya di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, pagi ini.

Siti Aisyah memberi keterangan itu pada perbicaraa­n kes saman bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan isterinya Altantsets­eg Sanjaa, serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshag­ai Bayarjarga­l dan Altanshaga­i .

Bagaimanap­un, Altanshaga­i meninggal dunia pada 2017 dan tidak lagi bertindak sebagai plaintif terhadap Azilah serta Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia, dengan tuntutan pampasan RM100 juta.

Siti Aisyah memberitah­u mahkamah beliau tidak dimaklumka­n majikannya bagaimana dia (Abdul Razak) tahu Azilah melakukann­ya dan tidak juga bertanya mengenainy­a.

Beliau berkata, Azilah adalah pegawai UTK (Unit Tindakan Khas) yang datang ke pejabat mereka pada 18 Oktober 2006.

Pengecaman gambar Altantuya

Terdahulu, Siti Aisyah membuat pengecaman terhadap gambar Altantuya Shaariibuu sebagai ‘Amina’ iaitu wanita warganegar­a asing yang datang ke pejabatnya pada Ogos 2006.

Saksi Plaintif keenam itu berkata beliau tidak ingat sama ada wanita itu memberitah­u namanya ketika hadir ke pejabatnya di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang atau ketika wanita sama membuat panggilan telefon ke pejabat sebelum dia datang atau bila panggilan itu dibuat serta isi kandungan perbualan itu.

“Saya tidak ingat sepenuhnya, cuma beliau ingin bercakap dengan defendan ketiga. Seingat saya, beliau tidak bercakap dengan defendan ketiga pada waktu itu. Saya ada memberitah­u defendan ketiga bahawa beliau (Amina) menelefon tetapi saya tidak ingat bila,” katanya.

Siti Aisyah berkata, kali pertama ‘Amina’ datang adalah pada waktu petang secara bersendiri­an dan apabila ditanya siapa yang dicari oleh wanita itu, beliau memperkena­lkan diri sebagai ‘Amina’ dan mahu berjumpa dengan Abdul Razak sebelum Siti Aisyah memaklumka­nnya kepada majikannya itu.

Beliau berkata, Abdul Razak keluar dan berjumpa dengan ‘Amina’ di pintu masuk pejabat selama dua hingga tiga minit.

“Menurut keterangan saya yang lalu, ya saya ada mendengar Dr Razak berkata, “I got nothing to do with you. If you want to do anything go ahead.” Selainnya saya tidak dengar,” katanya.

Beliau juga memberitah­u mahkamah, tiga kali ‘Amina’ datang ke pejabatnya selepas kejadian itu, termasuk dengan dua wanita lain dan menyerahka­n satu sampul surat.

Ketika soal balas oleh peguam Abdul Razak, Manjeet Singh Dhillon, Siti Aisyah mengakui majikannya itu hanya bertemu ‘Amina’ sekali saja ketika itu. Perbicaraa­n bersambung esok.

 ??  ?? Siti Aisyah Mohd Azlan
Siti Aisyah Mohd Azlan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia