Berita Harian

Jaminan hasilkan kuih-muih bermutu

-

Kuching: Penyediaan kuihmuih untuk anggota pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan pada musim perayaan ini perlu dilakukan dengan teliti dan dijamin kualitinya.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, langkah itu perlu kerana sumbangan berkenaan bertujuan menghargai jasa dan pengorbana­n mereka.

Katanya, kuih-muih yang tidak menepati piawaian akan ditolak kerana pihaknya tidak mahu ia akan rosak apabila sampai kepada penerimany­a.

Ikut piawaian

“Hari ini kami terpaksa menolak sejenis kuih tradisiona­l iaitu ‘hati parek’ kerana ia terlalu berminyak dan tidak sesuai diagihkan kepada anggota yang bertugas pada musim perayaan dan kami meminta pembekal membuatnya semula mengikut piawaian ditetapkan.

“Ini pertama kali berlaku tetapi kita mesti bertegas dalam soal kualiti kuih-muih yang akan diagihkan kerana jika kita mengambil mudah soal kualiti termasuk rasanya, kita seolah-olah tidak menghargai sumbangan anggota pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembungkus­an Sumbangsih Gawai Raya 2019, anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, di sini semalam.

Lebih 400 anggota pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan, selain badan bukan kerajaan (NGO) bergotong-royong membungkus kuih-muih pada majlis berkenaan.

Fatimah berkata, selain memastikan kualiti serta rasa mengikut piawaian, proses pembungkus­an dan penghantar­an juga harus dibuat dengan teliti.

“Kita mahu semua proses itu dilakukan dengan teliti dan penuh kasih sayang agar sumbangan yang kita agihkan ini sampai kepada penerimany­a tanpa sebarang cacat cela.

Sebanyak 10 agensi akan menerima agihan Sumbangsih Gawai Raya 2019 iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Penjara.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Fatimah bersama anggota pasukan keselamata­n membungkus kuih raya sempena Sumbangsih Gawai Raya 2019 di Kuching.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Fatimah bersama anggota pasukan keselamata­n membungkus kuih raya sempena Sumbangsih Gawai Raya 2019 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia