Berita Harian

Dagangan dijangka rendah

Kedudukan ringgit, harga komoditi, prestasi Wall Street pengaruhi pasaran

-

Bursa Malaysia dijangka di dagangkan rendah minggu ini, tertekan oleh kedudukan ringgit selain harga komoditi dan prestasi Wall Street yang lemah.

Penganalis­is bagaimanap­un yakin bahawa kelemahan ini, termasuk perang perdaganga­n semasa antara Amerika Syarikat (AS) dan China, serta penunjuk teknikal yang lemah, hanyalah sementara.

“Kami melihat saham China menerajui ekuiti Asia Pasifik ke tahap yang lebih tinggi pada Jumaat meskipun AS menaikkan duti ke atas produk China ber

nilai AS$200 bilion.

“China segera membayangk­an bahawa ia akan mengambil tindakan balas, namun tidak menyatakan secara khusus tindakanny­a,” kata Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Asia Pasifik, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

FBM KLCI merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun pada Jumaat, susulan tindakan pelabur menyelaras­kan kedudukan mereka disebabkan ketegangan perdaganga­n.

Dalam negara, Dr Nazri Khan menjangkak­an berita politik terkini mampu menyediaka­n penampan.

Beliau berkata, pasaran bertindak positif terhadap arah tuju ekonomi baharu untuk Malaysia yang digariskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara teras strategik ialah penstruktu­ran semula dan me ningkatkan ekosistem perniaga an, meningkatk­an pembaharua­n bakat dan sumber negara, serta menjana sektor pertumbuha­n baharu.

“Objektif Kerajaan Pakatan Ha rapan untuk berkongsi kemakmuran, akan menjadi pemangkin utama untuk meningkatk­an per

ekuiti yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Sentimen pasaran berhati-hati

Sepanjang minggu yang baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan lebih rendah susulan sentimen pasaran yang berhati-hati, dengan pelabur menunggu perkembang­an lanjut rundingan perdaganga­n dua hala As-china.

Minggu itu juga menyaksika­n Axiata Group dan Telenor Group Norway mengumumka­n keduaduany­a sedang berbincang bagi kemungkina­n menggabung­kan operasinya di Asia selain keputusan Bank Negara menurunkan kadar dasar semalaman.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, pe

aras FBM KLCI merosot 27.03 mata kepada 1,610.27.

Indeks FBM Emas merosot 236.80 mata kepada 11,374.96, In deks FBMT 100 turun 226.91 mata kepada 11,205.05 manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 229.34 mata kepada 11,550.43.

Indeks FBM Ace susut 113.46 mata kepada 4,532.57 dan FBM 70 merosot 442.34 mata kepada 14,079.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 366.75 mata kepada 16,566.18, Indeks Perladanga­n susut 151.59 mata kepada 7,050.28 manakala Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian merosot 2.66 mata kepada 166.68.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 12.71 bilion unit bernilai RM9.87 bilion berbanding 10.39 bilion unit bernilai RM7.94 bilion Jumaat lalu.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 8.02 bilion saham bernilai RM8.85 bilion berbanding 7.51 bilion saham bernilai RM7.36 bilion.

Jumlah dagangan waran me ningkat kepada 2.54 bilion unit bernilai RM704.83 juta berbanding 1.45 bilion unit bernilai RM347.61 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.14 bilion saham bernilai RM301.87 juta berbanding 1.41 bilion saham bernilai RM232.15 juta sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia