Kafe konsep santai dalam kampus
tampil dengan kedai minuman berkonsepkan suasana santai dan selesa sekali gus memenuhi permintaan pelanggan pada hari ini yang lebih memilih tempat makan atau minum moden atau hipster,” katanya.
Daily Dose yang beroperasi setiap hari di Desa Siswa Saujana, Kompleks Restu, Saujana & Tekun (RST), USM itu dibuka seawal jam 7 pagi hingga 10 malam menjual pelbagai jenis produk minuman sejuk dan panas termasuklah teh, kopi dan ais blended dengan harga serendah RM0.80 sen hingga RM8.
Kafe berkenaan dikendalikan 12 kakitangan yang mana tiga daripadanya adalah pekerja separuh masa terdiri daripada alumni USM dan selebihnya pelajar universiti itu sendiri yang bekerja secara sambilan.
Pelbagai produk
Selain aktif menjalankan perniagaan kafe, anak keempat daripada 16 adikberadik itu turut memberi fokus kepada perniagaan percetakan di bawah jenama Print Cube yang juga terletak di dalam kampus USM.
“Saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan percetakan pada 2012 dan memberi tumpuan serius membuat pelaburan sejak dua tahun lalu.
“Perniagaan ini menawarkan percetakan untuk pelbagai jenis produk termasuklah risalah, kain rentang, buku program, kad nama, tugasan pelajar dan perkhidmatan fotostat malah turut mencetak barangan berdasarkan permintaan pelanggan,” katanya.
Berkongsi mengenai cabaran bergelar usahawan muda dan pada masa yang sama perlu memberi tumpuan kepada bidang akademik, anak muda yang dilahirkan di Sabah itu berkata masa adalah kekangan utama yang perlu dihadapi.
“Ketika bergelar pelajar ijazah dulu, saya jarang sekali tidur di kolej kediaman kerana perlu menguruskan perniagaan tetapi saya bersyukur kerana pengorbanan itu akhirnya berbaloi malah saya berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar yang memerlukan,” katanya.