Berita Harian

Aidil mahu pikat Misbun di Ipoh

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Aidil Sholeh Ali Sadikin menyifatka­n saingan Kejohanan Badminton Kebangsaan di Ipoh, sebagai medan untuk dia memikat hati ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek bagi mengesahka­n tempat dalam skuad negara.

Aidil, 18, antara empat pemain perseorang­an lelaki yang ketika ini dalam tempoh percubaan selama tiga bulan bersama skuad kebangsaan sejak Disember lalu selain Ng Tze Yong, Lim Chong King dan Mohd Ziyad Tahad.

Justeru, pemain kelahiran Selangor itu yang juga naib juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 bertekad untuk menghasilk­an keputusan yang positif pada saingan di Ipoh bagi mengukuhka­n tempat untuk kekal dalam skuad kebangsaan.

“Ini adalah kali kedua saya beraksi dalam Kejohanan Kebangsaan. Tahun lalu, saya terkandas di pusingan kelayakan.

Makin selesa

“Namun, tahun ini saya layak terus ke undian utama. Saya mahu manfaatkan peluang ini sebaiknya untuk melangkah sejauh mungkin biarpun saya sedar bukan sesuatu yang mudah.

“Ini adalah kejohanan yang cukup penting untuk saya. Hanya dengan menghasilk­an keputusan yang baik mampu menjamin tempat saya dalam skuad kebangsaan,” kata Aidl yang akan memulakan kempen menentang pemain daripada pusingan kelayakan di pusingan pertama, hari ini.

Aidil mengakui dia kini semakin selesa sejak menjalani latihan di bawah bimbingan Misbun.

“Corak latihan Datuk Misbun memang keras dan saya ambil masa untuk sesuaikan diri. Namun, kini saya semakin selesa dan tahap kecergasan saya semakin meningkat,” katanya.

Empat pemain senior dalam skuad kebangsaan turut akan beraksi pada kejohanan kali ini - Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Lim Chi Wing dan Soong Joo Ven.

 ??  ?? Aidil Sholeh Ali Sadikin
Aidil Sholeh Ali Sadikin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia