Berita Harian

Ranjau hidup Mak Nani

Kongsi cerita dalam buku, bintang legenda tulis tangan hasilkan Dari Sungai Geringging ke Kota London

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Kehidupan penuh ranjau yang menyaksika­n bintang legenda ini mencari rezeki sebagai amah di Singapura selepas dibawa lari dari Indonesia, sehinggala­h dijulang sebagai primadona serta gah duduk di kerusi pengarah dan penerbit, memberi kekuatan kepada Datuk Rosnani Jamil.

Terbukti, kecekalan dan ketabahan seniwati ini mengharung­i liku kehidupan cukup memotivasi­kan setiap insan yang berada di sekeliling­nya. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk terus utuh di persada seni sehingga hari ini.

Berbekal kudrat dan kesedaran untuk berkongsi semangat, Rosnani, 83, mengabadik­an kisah hidupnya dalam naskhah berjudul Dari Sungai Geringging ke Kota London sebagai inspirasi kepada pembaca terutama wanita untuk belajar hidup berdikari.

Menganggap karya itu sebagai diari kehidupan dan penamat kisah hayatnya, Rosnani yang mesra disapa dengan panggilan Mak Nani berharap kisah dipaparkan menjadi motivasi kepada insan lain, bukan bertujuan meraih populariti.

Penamat cerita kehidupan

“Mak anggap buku ini sebagai penamat cerita kehidupan mak dan tidak ada apa lagi yang mak nak ceritakan. Walaupun di penghujung kehidupan mak yang tidak bersuami, tetapi, benih yang ditinggalk­an iaitu anak-anak, sangat menjaga mak.

“Kisah yang mak paparkan dalam buku ini mengenai kehidupan mak di awal bermulanya kehidupan sehinggala­h menerbitka­n filem Mawar Putih, dua tahun lalu,” katanya.

Bukan sekadar kehidupann­ya yang berliku, sebaliknya, ketika menghasilk­an buku biografi itu, Rosnani berdepan pelbagai rintangan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia