Berita Harian

MTUC cadang masukkan NWI dalam Akta Pekerjaan

Indeks Gaji Kebangsaan lebih berperanan jika diletakkan dalam pindaan

-

Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) akan lebih bermakna dan mempunyai peranan dalam penentuan gaji dan upah pekerja di negara ini, jika indeks terbabit dimasukkan dalam pindaan Akta Pekerjaan 1955.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata ketika ini, NWI hanya menjadi kayu pengukur mengenai perubahan upah dan gaji dalam pasaran buruh tempatan, yang mana tidak memberi kesan langsung kepada pekerja.

Beliau berkata, apabila indeks berkenaan dimasukkan di dalam akta berkenaan, maka pekerja secara langsung mengetahui sama ada gaji yang diterima mereka selaras dengan indeks berkenaan atau sebaliknya.

“Saya lihat NWI ini tidak membawa sebarang makna kepada pekerja, jika ia sekadar menjadi panduan tahap gaji dan pelarasan upah pasaran kerja saja.

Tak wajib dipatuhi majikan

“NWI juga bukan satu yang wajib dipatuhi majikan, kerana ia tidak termaktub dalam mana-mana akta berkaitan dengan pekerjaan atau pekerja di negara ini,” katanya kepada BH ketika dihubungi mengulas mengenai NWI yang dilancarka­n semalam.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, yang melancarka­n NWI dilaporkan berkata, indeks itu adalah sebagai panduan untuk majikan di negara ini menetapkan tahap gaji, membuat pelarasan gaji selain sebagai input kepada dasar sumber manusia syarikat.

NWI juga membolehka­n pekerja dan pencari kerja menjadikan­nya sebagai penanda aras gaji, terhadap aliran pasaran buruh yang lebih luas dan menilai perbanding­an perubahan gaji dalam laluan kerjaya mereka.

Abdul Halim berkata, MTUC juga mahukan penjelasan mengenai kaitan antara gaji minimum dan NWI, serta bagaimana kedua-dua mahu dilaksanak­an.

“Jika NWI diperkenal­kan, adakah pelarasan gaji minimum akan dilaksanak­an berdasarka­n indeks berkenaan.

“Kita juga mahu mengetahui apakah cara mengukur dan eleman diguna pakai dalam penentuan indeks berkenaan.

“Setakat ini, kita tidak mendapat maklumat jelas berhubung NWI ini dan kita harap indeks ini tidak menjadi pendua kepada tahap pengukuran kenaikan gaji pekerja.

Prestasi pekerja

“Ketika ini, kebanyakan majikan menjadikan prestasi dan produktivi­ti pekerja sebagai pengukur kenaikan gaji dan upah.

“Bagi sesetengah sektor pekerjaan pula, kenaikan gaji dan upah berdasarka­n perjanjian kolektif dan di negara ini lebih kurang 10-12 peratus sektor pekerjaan mempunyai perjanjian bersama antara pekerja dan syarikat yang mana isu kenaikan gaji tahunan turut dibincangk­an.

“Kita hendak tahu adakah NWI juga perlu diambil kira jika perjanjian kolektif ini mahu ditandatan­gani,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia