Berita Harian

Figueroa belum puas hati

Perancanga­n KL di Larkin terjejas tanpa kelibat de Paula, Achmad

- Oleh Rizar Mohd Noor

Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa kecewa apabila pemainnya gagal menyerlah pada babak pertama ketika menewaskan Kuala Lumpur (KL) 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Dia yang juga ketua jurulatih skuad Harimau Selatan menyifatka­n persembaha­n babak berkenaan bukanlah cara pasukannya beraksi di padang sambil mengakui ketiadaan Natxo Insa di posisi tengah menjejaska­n kelancaran gerakan di posisi itu.

“Kami tidak bermain bola sepak dengan baik pada separuh masa pertama, pemain kerap statik dan hilang punca namun gol pada penghujung babak itu menerusi sepakan penalti menyuntik semangat setiap pemain yang sedar betapa pentingnya mencari kemenangan di tempat sendiri,” katanya.

Baiki kesilapan

“Sebaik babak kedua bermula, kami bangkit dan membaiki beberapa kesilapan. Malah saya melakukan rombakan kecil dengan menukar pemain, barulah nampak kelancaran gerakan.

“Saya akui aksi menentang Kuala Lumpur amat sukar kerana mereka kurang menyerang sebaliknya mengambil kesempatan melakukan serangan balas pantas,” katanya.

Mengulas persembaha­n Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018, Safawi Rasid, pengendali kelahiran Argentina itu menyifatka­n pemain berkenaan mempamerka­n peningkata­n mendadak berbanding aksi pertama ketika menentang Perak dalam perlawanan Piala Sumbangsih, Sabtu lalu.

Sementara itu, pengendali Kuala Lumpur, Yusri Che Lah menyifatka­n jaringan penalti (JDT) pada penghujung babak pertama membunuh semangat pemainnya.

Katanya, ketiadaan dua pemain import, Guilherme de Paula dan Achmad Jufriyanto turut menjejaska­n perancanga­n pasukannya.

Menurutnya, khidmat De Paula terpaksa dilupakan selama dua bulan dan ia senario cukup membimbang­kan manakala Jufriyanto masih cedera tatkala tarikh pendaftara­n pemain berakhir 20 Februari ini.

 ?? [ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN / BH ] ?? Pemain JDT, Syafiq Ahmad diasak pemain Kuala Lumpur, ketika perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.
[ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN / BH ] Pemain JDT, Syafiq Ahmad diasak pemain Kuala Lumpur, ketika perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia