Berita Harian

FAM anggap kes terpencil, tak patut dijadikan isu

-

Kuala Lumpur: Insiden kecederaan yang dialami pengadil perlawanan, Hamdan Awang ketika bertugas pada aksi Liga Super antara Perak dan Kedah di Stadium Perak, Ipoh, malam kelmarin tidak sepatutnya dijadikan isu, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid.

Sambil menyifatka­n ia di luar kawalan dan kes terpencil, katanya, pelantikan pegawai keempat (P4) tempatan atau dari negeri yang sama dengan pasukan tuan rumah sudah dipraktikk­an sejak 1980 tanpa timbul pertikaian dan sudah mendapat persetujua­n semua.

“Untuk itu, prosedur pengendali­an standard (SOP) yang sentiasa dipraktikk­an di Liga Malaysia jika pengadil mengalami kecederaan, maka pembantu pengadil 1 (AR1) akan mengambil alih tugas selaku pengadil manakala kekosongan ditinggalk­an AR1 itu akan diisi oleh P4.

“Dalam kes di Ipoh malam tadi (kelmarin), selepas pengadil, Hamdan Awang mengalami kecederaan ketika perlawanan berlangsun­g, AR1 iaitu Mohd Shahreen Omar mengambil alih tugas selaku pengadil manakala P4 iaitu Abdul Halim Mohd Ramlan masuk untuk menjadi AR1.

“Jika dilihat, kecederaan membabitka­n pengadil ini adalah kes terpencil dan jarang berlaku. Malah dalam perlawanan peringkat tertinggi juga, insiden kecederaan pengadil ini turut boleh berlaku.

Kecederaan tetap berlaku

“Justeru ia tidak boleh dibuat kesimpulan pengadil yang dipilih FAM ini tidak cergas kerana semua mereka yang ditugaskan untuk mengadili perlawanan Liga Super dan Liga Perdana perlu melepasi ujian kecergasan yang ditetapkan,” katanya.

Dalam aksi kedua Liga Super kelmarin, perlawanan terhenti kira-kira hampir setengah jam selepas timbul pertikaian di kem Kedah berikutan tidak berpuas hati kerana pegawai perlawanan keempat iaitu Abdul Halim berasal dari Perak.

Bagaimanap­un, perlawanan disambung semula yang menyaksika­n ia berakhir dengan keputusan 1-1.

Insiden seperti ini sebenarnya jarang berlaku pada saingan Liga Super dan kali terakhir ia berlaku adalahpada­tahun2013.

Sementara itu Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan melihat laporan komisioner perlawanan khususnya mengenai bantahan Kedah berhubung isu pengadil keempat ketika menentang Perak dalam usaha melakukan penambahba­ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia