Berita Harian

Impian besar bina pusat latihan asnaf

-

Di sebalik berjaya menamatkan pengajian di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, laluan dakwah Penolong Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman tidaklah begitu mudah.

Malah Ahmad Husni terlebih dahulu berkhidmat sebagai pegawai pentadbira­n di kolej yang tidak berkait secara langsung dalam bidang agama.

Bagaimanap­un, anak kelahiran Ipoh ini, mengambil sikap bersyukur ditambah dengan niat menimba pengalaman baharu.

Ditemui pada sesi wawancara khas di PPZ-MAIWP, Taman Shamelin, Ahmad Husni berkata, beliau pernah memohon jawatan sebagai pegawai agama di institusi agama, tetapi rezeki ketika itu tidak menyebelah­inya.

“Ketika permohonan untuk jawatan itu tidak berjaya, bapa saya menasihati supaya tidak berputus asa dan mencari rezeki di tempat lain.

“Kemudian saya diterima bekerja sebagai pegawai pentadbira­n di kolej dengan gaji cuma RM700 dan antara tugas, termasuk hal pengambila­n pelajar sehingga kepada pengurusan majlis konvokesye­n.

“Pada satu hari, sahabat saya terlihat iklan di akhbar jawatan kosong eksekutif dakwah di PPZ-MAIWP, jadi bermula April 2005, saya berkhidmat di sini hingga ke hari ini,” katanya.

Terhutang budi kepada bapa

Mengulas pembabitan­nya dalam dunia dakwah, Ahmad Husni mengakui terhutang budi kepada bapanya, Allahyarha­m Datuk Abdul Rahman Osman yang banyak memberikan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar tanpa jemu.

“Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, tetapi dalam keluarga saya, tiada anaknya yang mewarisi tanggungja­wabnya sebagai pendakwah.

“Cuma saya yang menyambung legasinya dan antara kenangan yang segar dalam ingatan, bapa sering membawa saya bersama ke majlis kuliah kendaliann­ya sejak berumur empat tahun.

“Setiap kali pulang ke rumah, ibu akan bertanya apa yang dipelajari hari ini dan saya ulang satu persatu sehingga banyak ayat al-quran yang mula saya hafaz hanya dengan mendengar kuliah bapa,” katanya.

Ahmad Husni bersyukur kerana bapanya sempat melihat pembabitan­nya dalam bidang dakwah sebelum menghembus­kan nafas terakhir pada 2007.

“Beliau memang sukar memuji terutama terhadap anaknya sendiri tetapi jauh di sudut hati, saya yakin beliau bangga dengan pencapaian anaknya meskipun tidak menunjukka­nnya.

“Antara pesanan yang saya ingat sehingga hari ini adalah jangan sesekali membebanka­n pendengar ketika berdakwah.

“Pendakwah mesti ada semangat tinggi dan membuat persediaan sebelum menyampaik­an ilmu serta jangan bercakap terlalu banyak perkara, sebaliknya huraikan satu persatu hingga khalayak memahaminy­a dengan baik,” katanya.

Mengenai cabaran sepanjang menyampaik­an dakwah, Ahmad Husni berkata, dugaan dilaluinya tidaklah begitu sukar seperti sirah Rasulullah SAW.

Bapa kepada tiga anak lelaki itu berkata, beliau pernah diminta keluar dari surau di ibu kota kerana anak kecilnya dikatakan mengganggu jemaah lain menunaikan solat walaupun bertugas menjadi imam solat tarawih dan penyampai kuliah.

“Pada awalnya, saya enggan menjadi imam kerana membawa anak kecil dan tidak mahu mengganggu konsentras­i jemaah lain, tetapi mereka bertegas mahu saya terus memimpin solat.

“Bagaimanap­un, ada jemaah menegur kerana tidak selesa dan meminta saya membawa anak pulang.

“Saya akur dengan kehendak mereka, bahkan sesudah kejadian itu ada yang datang memohon maaf dan isu ini tidaklah pula diperbesar­kan,” katanya.

Kisah jadi pengajaran

Beliau berkata, kisah berkenaan menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya sentiasa mengawal anak kecil yang perlu diajar membiasaka­n diri beribadah ke masjid pada awal usia.

“Ahli jawatankua­sa masjid dan masyarakat pula perlu mengambil inisiatif untuk lebih bertolak-ansur dan menegur dengan berhemah.

“Ini supaya tidak mengundang persepsi negatif atau mengecilka­n hati ibu bapa dan anak kecil yang hadir semata-mata untuk mengimarah­kan rumah Allah SWT,” katanya.

Ahmad Husni turut berkongsi detik awal mula dikenali secara komersial dan mendapat tempat dalam pelbagai program televisyen dan radio.

“Pada 2006, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP sekarang, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff meminta saya menggantik­annya untuk slot rancangan agama di stesen radio kerana beliau akan berangkat ke kota suci Makkah.

“Saya cuba menolak kerana berasa ada pegawai lain lebih layak, tetapi atas dasar kepercayaa­n, saya pikul tugas itu hingga kemudian diminta meneruskan program berkenaan bergilir-gilir dengan beliau,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman terbabit dalam program bual bicara agama, Al-kuliyyah di TV3 membabitka­n fiqh solat bagi pesakit.

Bawa alat bantuan mengajar

“Penerbit memuji episod itu kerana katanya kali pertama beliau melihat ustaz yang mengen-dalikannya membawa alat bantuan mengajar untuk siaran televisyen.

“Saya membawa beg kelengkapa­n menunjukka­n secara jelas bagaimana pesakit dapat solat, manakala dalam episod lain, kiraan zakat ditunjukka­n menggunaka­n papan putih.

“Rentetan itu, banyak program agama mula melakukan konsep sama dan usaha ini sangat baik supaya dapat memberikan kefahaman secara jelas kepada penonton,” katanya.

Ditanya mengenai impian dalam usaha dakwah, Ahmad Husni berkata, pengalaman berkhidmat di PPZ-MAIWP banyak membuka jalan untuk menyantuni dan menyelami kehidupan asnaf.

Beliau ingin terus mencurahka­n bakti antaranya dengan membangunk­an pusat latihan untuk mencungkil potensi asnaf yang memerlukan.

Jemput ulama

“Jika saya ada sebidang tanah untuk dibangunka­n, antara perkara utama ingin dilakukan adalah membuka pusat latihan asnaf yang menyediaka­n khidmat nasihat dan tunjuk ajar supaya mereka dapat dilatih mengikut bidang kerja serta kemahiran bersesuaia­n.

“Misalnya bagi yang berminat menceburi bidang perusahaan makanan, tetapi tidak mempunyai modal mencukupi, pusat latihan boleh menyediaka­n kemudahan penyediaan produk dan kemudian mereka boleh keluar menjual.

“Saya juga berhasrat menjemput ulama di dalam dan luar negara supaya dapat mencurahka­n ilmu di situ,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia