Berita Harian

Pengundi fail saman pemula terhadap Pengerusi SPR

-

Shah Alam: Seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, malam tadi.

Saman yang difailkan secara dalam talian oleh Tetuan Azam Aziz Shaharudin­ali & Co itu turut menamakan SPR dan Kerajaan Persekutua­n sebagai defendan, yang menuntut pelbagai deklarasi antaranya pengisytih­aran bahawa suruhanjay­a itu kini tidak sah dari segi undangunda­ng.

Peguam Datuk Shaharudin Ali, berkata pengundi berkenaan, Puan Sri Sabariah Mohd Shariff, 58, yang diwakili firmanya, adalah seorang pengundi yang berdaftar di Semenyih, manakala saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 11.39 malam tadi, dibuat melalui sistem dalam talian.

Shaharudin berkata, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menentukan sama ada SPR yang mempunyai ‘seorang ahli’ sahaja boleh menjalanka­n dan melaksanak­an tanggungja­wab berat yang dipertangg­ungjawabka­n kepada suruhanjay­a itu, melalui Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya, sememangny­a fungsi utama SPR yang dipertangg­ungjawabka­n oleh Perlembaga­an Persekutua­n untuk pengawasan, arahan dan pengawalan serta penyediaan senarai pemilih, selain mengadakan pilihan raya di Persekutua­n dan kerajaan negeri ke Parlimen, namun pihaknya berpendapa­t fungsi itu boleh dilaksanak­an dengan mudah oleh seorang individu sahaja.

Keahlian SPR tidak mencukupi

“Menjadi pengetahua­n umum bahawa SPR pada ketika ini terdiri daripada seorang individu sahaja. Entiti seorang individu itu pada pandangan kami bukan satu SPR yang sah, diwujudkan mengikut Perkara 114 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Jika mahkamah membuat keputusan untuk berpihak kepada kami, nampaknya PRK DUN N24 (Semenyih) yang dijangkaka­n diadakan pada 16 Februari ini perlu menunggu sehingga komposisi SPR disahkan oleh Yang di-pertuan Agong, mengikut Perlembaga­an,” katanya dalam kenyataan media melalui Whatsapp di sini, semalam.

Justeru, katanya, pihaknya sudah memfailkan perakuan segera untuk memastikan supaya hujahan pihak boleh didengar secepat mungkin.

Pada 21 September lalu, Azhar, 57, dilantik menjadi Pengerusi SPR, selepas bekas Pengerusi suruhanjay­a itu, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah memendekka­n tempoh perkhidmat­annya berkuat kuasa 1 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia