Berita Harian

Rundingan krisis Yaman bakal bermula

-

Dubai: Peluang meneruskan rundingan damai Yaman di Sweden disifatkan semakin baik selepas pakatan diketuai Arab Saudi meluluskan operasi memindahka­n pemberonta­k Houthi untuk diberi rawatan semalam, satu syarat utama untuk kumpulan itu menghadiri rundingan.

Rundingan tajaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) itu bertujuan menamatkan perang hampir empat tahun di Yaman.

Peluang mengadakan rundingan itu meningkat ketika negara sekutu Barat mendesak Arab Saudi menghadiri rundingan itu dengan puak Houthi ketika perang mengorbank­an lebih 10,000 orang dan menyebabka­n penduduk Yaman hampir menghadapi kebuluran.

Rundingan itu mungkin boleh bermula esok, kata dua sumber rapat dalam perkara berkenaan selepas wakil khas PBB, Martin Griffiths berunding antara dua pihak bagi menyelamat­kan hasil rundingan sebelum ini yang gagal pada September lalu selepas puak Houthi tidak hadir.

Negara kuasa Barat yang membekalka­n senjata dan perisikan kepada pakatan Arab Saudi diyakini memegang pengaruh untuk usaha damai dipergiatk­an dalam isu Yaman.

Ini berikutan kontrovers­i pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di konsulat Riyadh di Istanbul dikatakan meningkatk­an pemantauan ke atas aktiviti Riyadh di negara serantau.

Langkah bina keyakinan

Pakatan berkenaan bersetuju dengan permintaan PBB dalam membantu pemindahan 50 pemberonta­k Houthi atas sebab kemanusiaa­n dan sebahagian langkah membina keyakinan menjelang rundingan itu, kata jurucakapn­ya, Turki almalki melalui satu kenyataan.

Katanya, satu pesawat komersial PBB akan mendarat di kota kawalan Houthi, Sanaa, bagi membawa mereka ke Oman termasuk tiga doktor.

Puak Houthi telah memberitah­u bahawa mereka hanya akan bergerak ke Sweden sebaik saja rakan yang cedera itu dipindahka­n untuk rawatan dan jika pesawat mereka tidak diperiksa pihak pakatan.

Kerajaan Yaman yang di sokong Arab Saudi memberitah­u bahawa ia akan turut hadir dalam rundingan yang dijangka tertump kepada pembentuka­n badan pentadbira­n sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia