Berita Harian

880 graduan RSDHC tamat pengajian

Kolej tawar program peka keperluan industri penjagaan kesihatan dalam pelbagai bidang

- Oleh Hamizah Badiran

Seramai 880 graduan Ramsay Sime Darby Healthcare College (RSDHC) diraikan dalam Majlis Konvokesye­n RSDHC 2018 yang berlangsun­g meriah di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, baru-baru ini.

Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Asia RSDHC, Gregory Scott Brown, semua graduan daripada 14 program itu menerima sijil, diploma dan ijazah masingmasi­ng yang disampaika­n oleh Pengerusi RSDHC, Datuk Dr Vimalanath­an Arulananda­m.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pendidikan RSDHC, Eliza Wong Pak Fong dan Ahli Lembaga Gabenor serta Akademik RSDHC.

Brown dalam ucapannya berkata, RSDHC sentiasa peka dengan keperluan industri penjagaan kesihatan yang sentiasa memerlukan tenaga dan kepakaran dalam pelbagai bidang, terutama kejururawa­tan serta sistem penjagaan kesihatan selain siap sedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

“Antara faktor yang tidak lupa dititikber­atkan RSDHC buat semua warganya ialah hubungan sesama insan tanpa mengira kaum, latar belakang ekonomi keluarga, kumpulan etnik, bahasa dan sebagainya.

“Hal ini penting dalam membawa sistem penjagaan kesihatan yang berkualiti ke dalam komuniti kerana hubungan kukuh dan sikap menyayangi dibina berdasarka­n kepercayaa­n, kefahaman serta matlamat di antara satu sama lain kerana anda (graduan) akan memberi perkhidmat­an kepada masyarakat,” katanya.

Pak Fong pula berkata, menerusi pengalaman 20 tahun dalam bidang itu, RSDHC boleh dianggap sebagai peneraju dalam pendidikan penjagaan kesihatan di negara ini.

Anugerah penarafan 6 Bintang

Ia dibuktikan melalui anugerah penarafan 6 Bintang dalam Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MYQUEST) 2014/2015 dan 2016/2017 Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang diterima RSDHC.

Pada majlis itu juga, graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Demitrius Simon Anthony, 21, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengerusi berdasarka­n pencapaian cemerlangn­ya dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan kemasyarak­atan.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, program berkenaan menggabung­kan pengetahua­n yang diperoleh melalui pendidikan am, sains kesihatan dan sains makmal klinikal.

"Sepanjang tiga tahun membabitka­n enam semester tempoh pengajian, saya dan rakan didedahkan dengan ilmu pengetahua­n serta kemahiran untuk memproses serta melakukan analisis terhadap beberapa jenis disiplin teknologi makmal perubatan,” katanya.

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN /BH] ?? Graduan RSDHC meraikan kejayaan mereka pada majlis Konvokesye­n RSDHC 2018, di Shah Alam, barubaru ini.
[FOTO OWEE AH CHUN /BH] Graduan RSDHC meraikan kejayaan mereka pada majlis Konvokesye­n RSDHC 2018, di Shah Alam, barubaru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia