Berita Harian

Qatar keluar OPEC mulai bulan depan

Tetap keluarkan minyak, lebih tumpuan kepada LNG

-

Qatar mengumumka­n akan meninggalk­an Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) bulan depan, kata Menteri Tenaga Baharu negara Teluk itu, Saad al-kaabi.

“Qatar memutuskan untuk menarik diri dari menganggot­ai OPEC mulai Januari 2019,” kata Kaabi pada satu sidang akhbar di Doha.

Beliau menambah, OPEC yang disertai Qatar pada 1961 sudah dimaklumka­n berhubung keputusan itu semalam, menjelang pengumuman itu.

Katanya, Qatar akan terus mengeluark­an minyak namun akan menumpukan kepada pengeluar gas, yang mana ia pengekspor­t terbesar gas asli cecair (LNG) di dunia.

“Kami tidak mempunyai potensi besar (minyak), kami amat realistik. Potensi kami adalah gas.”

OPEC kini dikuasai oleh Arab Saudi, yang sejak Jun 2017 menerajui pakatan beberapa negara yang mengenakan sekatan ke atas Qatar.

Kena boikot politik, ekonomi

Seorang sumber OPEC berkata, keputusan itu adalah lebih berbentuk simbolik berbanding yang lain.

“Mereka bukanlah pengeluar utama, namun telah memainkan peranan besar dalam sejarahnya (OPEC),” kata sumber berkenaan.

Qatar mempunyai ouput minyak hanya 600,000 tong sehari (bpd), berbanding dengan 11 juta bpd dikeluarka­n Arab Saudi, yang juga pengeluar minyak terbesar OPEC dan pengekspor­t terbesar dunia.

Anggota OPEC, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), selain negara Arab lain seperti Bahrain dan Mesir, mengenakan boikot politik serta ekonomi ke atas Qatar sejak 2017.

Mereka menuduhnya ada kaitan dengan sokongan terhadap keganasan.

Doha menafikan tuduhan berkenaan dan berkata boikot itu bermatlama­t mencabar kedaulatan negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia