Berita Harian

Perak mara ke final agregat 7-2

- Oleh Ryan Stanley

Kota Kinabalu: Perak menepati ramalan mara ke final Piala Malaysia apabila menang dengan agregat 7-2 selepas terikat 2-2 berdepan Sabah dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Skuad Bos Gaurus bakal membuat perhitunga­n pada aksi final menentang Terengganu FC di Stadium Sham Alam, Sabtu ini. Anak buah Irfan Bakti itu menyingkir­kan Johor Darul Ta’zim menerusi agregat 3-2.

Kali terakhir Perak mara ke pentas final piala berprestij ini adalah pada 2007.

Peluang Sabah nipis

Aksi di Stadium Likas malam tadi dianggap sebagai pelengkap jadual perlawanan separuh akhir kedua selepas Sabah dilihat hanya memiliki peluang tipis mara gara-gara dibelasah 0-5 di Ipoh sebelum ini.

Sabah mendapat jaringan pertama menerusi Sabri Sahar pada minit ke-34 yang melakukan penyudah baik bola sepakan sudut Elias Sulaiman untuk kedudukan 1-0.

Gol itu berjaya mencetuska­n kembali semangat Sabah untuk terus memburu jaringan dan hampir memperoleh­nya pada minit ke-38 hasil sepakan percuma Elias.

Pun begitu, pada minit ke-74, Gilmar Jose Da Silva Filho menambah kesukaran Sabah apabila berjaya menjaringk­an gol penyamaan menerusi sepakan penalti selepas Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dijatuhkan Rozaimie di dalam kotak penalti.

Cilmar ledak gol kedua

Gilmar kemudian menambah derita Sabah apabila meledak gol kedua pada minit ke-80 hasil satu penyudah baik selepas memperdaya­kan penjaga gol Sabah bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil kemudian menyelamat­kan pasukannya daripada kecundang di gelanggang sendiri apabila menanduk gol penyamaan pada minit ke-85 bagi menjadikan kedudukan 2-2.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN /BH] ?? Pemain Sabah, Rodoljub Paunovic (kanan) cuba melepasi Shahrul Mohd Saad dari Perak pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, malam tadi.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN /BH] Pemain Sabah, Rodoljub Paunovic (kanan) cuba melepasi Shahrul Mohd Saad dari Perak pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia