Berita Harian

Wee Wern terus dibuai ceria

Gelaran keempat beri semangat

- Oleh Fadhli Ishak

Biarpun tidak cergas akibat selesema, pemain negara Low Wee Wern tidak berdepan masalah merangkul gelaran PSA keempatnya tahun ini.

Semalam, Wee Wern memenangi Kejohanan Terbuka Q Queensland, Australia selepas menewaskan pemain tuan rumah, Jessica Turnbull 11-6, 11-5, 11-6 dalam tempoh 24 minit saingan final di Pusat Skuasy Carrara.

Pemain kelahiran Pulau Mutiara itu gembira kerana semuanya mengikut perancang sejak kembali membuat kemunculan semula dalam skuasy.

Wee Wern yang kini menduduki ranking ke-54 dunia, kemungkina­n melonjak susulan kemenangan itu selepas senarai kedudukan terkini dikeluarka­n tidak lama lagi.

Terus konsisten

“Saya gembira dapat memenangi gelaran keempat tahun ini dan berharap dengan kemenangan ini akan melayakkan saya beraksi di kejohanan lebih besar,” katanya,

“Ia sesuatu yang baik buat saya apabila dapat berada di kelompok 50 terbaik menjelang akhir tahun ini kerana itulah yang disasarkan.”

Wee Wern sebelum ini bergelut dengan kecederaan beberapa tahun lalu, tampil beraksi buat kali pertama selepas dua tahun berehat di Kejohanan Kebangsaan awal Julai lalu dan berjaya mara ke perlawanan akhir.

Rentaknya terus konsisten selepas itu apabila memenangi tiga gelaran PSA berturut-turut bermula dengan Terbuka Malaysia, Terbuka Tasmanian dan Terbuka Australia.

Atlet berusia 28 tahun itu dijadualka­n bertanding di Hong Kong dan Terbuka Singapura bulan depan.

Kejohanan Terbuka Q itu memberi impak positif buat pemain skuasy wanita negara apabila tiga dari empat wakil negara berjaya ke separuh akhir.

Ooi Kah Yan tewas kepada Wee Wern manakala Aika Azman kalah kepada Jessica.

 ?? [ FOTO TWITTER @WEEWERNLOW ] ?? Low Wee Wern bersama trofi skuasy Terbuka Q.
[ FOTO TWITTER @WEEWERNLOW ] Low Wee Wern bersama trofi skuasy Terbuka Q.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia