Berita Harian

Hukuman jenayah kolar putih diganda

-

Sydney: Australia berkata semalam, hukuman penjara untuk jenayah kolar putih akan digandakan dan penalti terhadap salah laku syarikat meningkat mendadak berikutan siasatan lanjut terhadap sektor kewangan.

Satu Suruhanjay­a Diraja diwujudkan Canberra akhir tahun lalu ketika kemarahan awam terhadap bank Australia meningkat susulan siri skandal membabitka­n dakwaan salah laku dan penipuan.

Bendahari Australia Josh Frydenberg berkata, kerajaanny­a akan memperkena­lkan peraturan dalam Parlimen minggu depan untuk melindungi pengguna.

Peraturan sudah usang

“Ini secara ketara mengukuhka­n sekatan yang memulihkan penalti untuk jenayah kolar putih Australia. Ia akan membawa hukuman kami lebih hampir kepada bidang kuasa antarabang­sa terkemuka,” kata Frydenberg dalam satu kenyataan, menambah sesetengah sekatan tidak berubah lebih dua dekad.

Hukuman jenayah maksimum bagi individu akan digandakan kepada penjara 10 tahun sementara syarikat berdepan denda lebih Aus$9.45 juta (RM27.98 juta).

Mengikut pembaharua­n dicadangka­n kepada sekatan awam, individu akan dikenakan denda lebih Aus$1.05 juta (RM3.11 juta) dan syarikat sehingga Aus$210 juta (RM621.70 juta).

Laporan sementara hampir 1,000 halaman Suruhanjay­a Diraja itu mendapati, bank, penanggung insurans dan badan kewangan lain meletakkan ‘keuntungan jangka pendek dengan mengorbank­an standard asas kejujuran.’ Laporan menambah, ketamakan itu jelas bermotif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia