Berita Harian

Liberalism­e pecah-belahkan ummah

-

Shah Alam: Fahaman liberalism­e yang tidak terkawal dikhuatiri membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Penasihat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Ismail Mina Ahmad, berkata ajaran, pemikiran dan falsafah liberalism­e mampu memecahbel­ahkan ummah kerana ia tidak mengikut ajaran Islam yang berpanduka­n kepada wahyu dan nubuwwah.

Katanya, liberalism­e turut menolak semua autoriti dalam al-quran, ahli sunnah dan ulama sedangkan perkara itu menjadi faktor menyatupad­ukan ummah yang dapat mencegah perpecahan.

“Akibat kemasukan pemikiran dan falsafah yang asing daripada autoriti al-quran, Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ulama, maka umat Islam berpecah kepada beberapa kelompok.

“Jika dahulu, antara kelompok yang wujud seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij tetapi zaman sekarang, liberalism­e lahir dalam pelbagai bentuk, sifat serta wajah.

Cipta konflik dalam ummah

“Antara strategi menyebarka­n fahaman liberalism­e ini adalah dengan mewujudkan konflik dalam ummah, menguasai organisasi Islam dan media,” katanya ketika menjadi panel Wacana Pemikiran Pasca-moden: Pemusnah Keharmonia­n dan Perpaduan Umat Islam, di sini.

Wacana itu dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Selain Ismail Mina, wacana itu turut menampilka­n Presiden MUAFAKAT, Dr Wan Adli Wan Ramli dan Pensyarah Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Azmil Zainal.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad.

Sementara itu, Setiausaha Agung MUAFAKAT, Mahmud Hishamuddi­n Abd Rashid, berkata hasil wacana berkenaan, pihaknya merumuskan beberapa resolusi, selain menyerahka­n resolusi terbabit kepada JAIS.

Antara resolusi yang dirumuskan ialah terdapat serangan pemikiran atau agenda halus dari Barat dalam menghakis akidah dan syariat Islam.

Selain itu, resolusi menyifatka­n falsafah liberalism­e juga dikesan menjadi ancaman pada masa kini terhadap akidah dan syariat Islam.

Tolak pemikiran libral

“Kami turut menegaskan golongan ulama dan agamawan sebagai golongan yang layak dirujuk dan dihormati oleh pemerintah serta rakyat dalam mentafsir kefahaman agama dan kehidupan bersyariat.

“Umat Islam khususnya golongan ulama dan generasi muda wajib menolak sebarang usaha merosakkan Islam melalui pemikiran liberal,” katanya.

Mahmud Hishamuddi­n berkata, MUAFAKAT turut meminta pemimpin, teknokrat dan pemegang dasar sosial supaya sentiasa berperanan mendukung dasar akidah serta syariat seiring dengan tuntutan Perlembaga­an Persekutua­n.

Lebih utama katanya, resolusi terbabit menekankan kedudukan umat Islam dan sensitivit­i golongan majoriti perlu dipelihara tanpa menjejaska­n hak kaum lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia