Berita Harian

Jadi kelakar untuk relevan

Hisyam Hamid pilih naskhah aksi komedi demi kelangsung­an karier

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Sering membawa watak romantik dan serius membuatkan karektor lakonannya dilihat mendatar. Tidak hairanlah, ada yang menganggap aktor kelahiran Singapura, Hisyam Hamid tidak mampu melakonkan watak di luar ruang ‘permainann­ya’.

Ingin lari daripada tanggapan sedemikian dan tidak mahu dilihat begitu selesa dengan watak yang sama, Hisyam mencabar diri menerima tawaran filem aksi komedi.

Agak kekok untuk berada dalam genre yang dianggap bukan keselesaan­nya, Hisyam, 33, bagaimanap­un melihat peluang itu sebagai usaha menjadikan dirinya terus relevan.

“Saya tengok kepada rezeki tawaran yang datang. Kalau saya fikir sesuai untuk dilakukan, saya akan terima. Tidak semua tawaran saya terima dan bergantung kepada skrip dan keupayaan diri.

“Memang saya tidak pernah berlakon komedi, namun, apabila diberi peluang berganding dengan pelakon komedi, saya rasa tidak salah untuk keluar daripada watak sebelum ini dan menjadi relevan,” katanya kepada HIP.

Berganding dengan Bell Ngasri dan Mark Adam dalam filem Hero yang kali pertama menyaksika­n dirinya menjadi tunjang utama, peluang diberi dianggap titik perubahan dalam mengubah karakter lakonan.

Watak utama dalam Hero

Menyedari mungkin agak sukar untuk diterima penonton yang mengikuti perkembang­an karier lakonannya, bagi Hisyam, ia suatu petanda untuk dirinya tidak dilihat selesa menjiwai watak sama.

“Saya terima tawaran ini sebab penceritaa­nnya mengenai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kena dengan jiwa saya. Saya tertarik sebab ini kali pertama saya diberi watak utama untuk filem.

“Saya berharap akan ada peluang lain lagi untuk saya selepas ini.

“Orang akan ingat karakter saya serius dalam cerita ini, tetapi sebenarnya ada aksi komedi dan mencuit hati.

Hisyam Hamid Saya tengok kepada rezeki tawaran yang datang. Kalau saya fikir sesuai untuk dilakukan, saya akan terima. Tidak semua tawaran saya terima”

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ] ?? Ayda menerima trofi Lagu Terbaik Malaysia daripada Siti Nurhaliza.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ] Ayda menerima trofi Lagu Terbaik Malaysia daripada Siti Nurhaliza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia