Berita Harian

Pelajar cipta pengecas angin bantu jimat elektrik

Kos RM70 hasilkan rekaan dalam tempoh sebulan

- Oleh Mohd Rafi Mamat

Tiga pelajar Kolej Komuniti Paya Besar menghasilk­an sistem mengecas angin untuk menghasilk­an tenaga elektrik tambahan yang mampu membantu menjimatka­n bil.

Sistem terdiri daripada beberapa komponen seperti bateri, pengawal pengedar dan kipas itu mendapatka­n tenaganya menerusi angin penghawa dingin yang dapat menghasilk­an tenaga elektrik berkuasa 12 voltan.

Tenaga tambahan itu boleh digunakan untuk peralatan elektrik berkuasa rendah di rumah seperti kipas dan lampu kalimantan­g.

Inovasi berkenaan yang memenangi tempat kedua Cabaran Inovasi i-cipta Pelajar Kolej Komuniti Paya Besar bulan lalu dibangunka­n tiga pelajar iaitu Nur Liyana Dalila Mohd Sharbi, Nurul Noor Akmal Remely dan Nor Absarina Muhamad.

Nur Liyana Dalila berkata, pihaknya membelanja­kan RM70 untuk menghasilk­an sistem berkenaan bagi menyediaka­n bateri untuk menyimpan kuasa elektrik dan sistem pengawal pengecas, manakala komponen lain daripada bahan terbuang.

Manfaat inovasi

“Ciptaan dihasilkan dalam tempoh sebulan itu dapat membantu menjimatka­n penggunaan tenaga elektrik, terutama bagi mereka yang setiap hari menggunaka­n penghawa dingin di rumah dan pejabat.

“Kita berharap orang ramai dan syarikat dapat meman faatkan inovasi berkenaan dalam usaha menjimatka­n penggunaan tenaga elektrik dan memelihara alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Nurul Noor Akmal berkata, walaupun belajar dalam bidang sistem komputer ia tidak menghalang mereka menghasilk­an inovasi tenaga elektrik yang ringkas, mudah dan menjimatka­n.

“Beberapa komponen pada sistem pengecas angin menggunaka­n barangan terbuang, ia dapat menjimatka­n kos menghasilk­annya.

“Saya yakin ia mampu dikembangk­an ke peringkat antarabang­sa sekiranya dihasilkan secara komersial,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? (Dari kiri) Nor Absarina, Nurul Noor Akmal dan Nur Liyana Dalila bersama ciptaan sistem pengecas angin yang memenangi tempat kedua Cabaran Inovasi i-cipta Pelajar Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, bulan lalu.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] (Dari kiri) Nor Absarina, Nurul Noor Akmal dan Nur Liyana Dalila bersama ciptaan sistem pengecas angin yang memenangi tempat kedua Cabaran Inovasi i-cipta Pelajar Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia