Berita Harian

Industri komunikasi pemasaran dijangka terjejas

Impak cukai berganda boleh ancam daya saing

- Oleh Bisnes NSTP

INDUSTRI komunikasi PEMASARAN tempatan DIJANGKA terjeJAS DAN HILANG DAYA SAING DENGAN Impak CUKAI BERGANDA SUSULAN PERLAKSANA­AN SISTEM CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMAT­AN (SST).

Sumber industri berkata, berdasarka­n pertemuan barubaru ini dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenai garis panduan baharu sistem cukai itu, wakil industri mendapati SST akan menjadi sistem cukai eksponen berikutan caj cukai itu dikenakan setiap invois dan tidak ada pengecuali­an cukai input.

Sebagai contoh, apabila pemilik media mengenakan caj SST enam peratus dalam invois kepada agensi pengiklana­n, agensi itu kemudianny­a akan menambah SST enam peratus lagi dalam bil selanjutny­a apabila mengeluark­an invois kepada pelanggan mereka.

Berbeza berbanding sistem SST sebelum ini

Keadaan itu akan berterusan untuk bil bagi pihak selanjutny­a.

“Berdasarka­n penerangan mengenai garis panduan baharu bagi perkhidmat­an pengiklana­n yang akan dikeluarka­n tidak lama lagi dilihat wujud impak cukai berganda memandangk­an sistem SST yang diguna pakai adalah sistem cukai satu peringkat, yang mana caj cukai dikenakan dalam setiap invois,” kata sumber industri.

Sumber industri berkata, sistem SST yang diguna pakai itu dilihat berbeza berbanding sistem SST yang diperkenal­kan sebelum ini dan juga Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Beliau berkata, impak cukai berganda itu akan meningkatk­an perbelanja­an perniagaan kepada pelanggan dalam industri berkenaan.

Keadaan itu, tegasnya, jika berlarutan akan meningkatk­an kos perniagaan dan menjadikan industri hilang daya saingnya.

Sumber industri itu berkata, dalam pertemuan dengan JKDM itu, wakil industri meminta caj cukai enam peratus tidak dikenakan kepada pelanggan yang membeli iklan memandangk­an cukai SST sudah dikenakan kepada pemilik media.

Perubahan tertakluk arahan kementeria­n

Bagaimanap­un, JKDM berkeras mengatakan sistem SST baharu adalah sistem cukai satu peringkat yang mana cukai dikenakan setiap invois.

“JKDM menjelaska­n dasar cukai perlu konsisten di seluruh industri bagi memastikan keseragama­n,” katanya.

Sumber industri itu berkata, JKDM mengesahka­n bahawa apa-apa perubahan kepada panduan semasa adalah dengan arahan Kementeria­n Kewangan.

Oleh itu, sebarang pengecuali­an akan diputuskan oleh kementeria­n, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia