Berita Harian

Bekas Presiden MCA syor parti komponen BN tak bergabung

-

Kuala Lumpur: Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek mencadangk­an semua parti komponen Barisan Nasional (BN) keluar daripada gabungan itu kerana ia tidak lagi menjadi jenama pilihan rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, BN kini menjadi gabungan yang tidak lagi diyakini rakyat disebabkan pelbagai isu dan krisis kepercayaa­n yang dihadapi.

Justeru, beliau berpendapa­t parti komponen BN, khususnya UMNO, MCA dan MIC perlu keluar serta berdiri sendiri bagi mengelak ahlinya terus berdepan masalah.

“BN bukan lagi satu jenama. MCA kena terima hakikat dan perlu keluar untuk berdiri sendiri serta memikirkan langkah seterusnya selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n buku biografiny­a Like Me Or Hate Me, Rising From The Political

Ashes - The Memoirs Of Chua Soi Lek, di sini

semalam.

MIC jamin kekal bersama BN

Sementara itu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswara­n, memberi jaminan MIC akan terus kekal bersama BN, walaupun gabungan itu tidak lagi menjadi parti pemerintah.

Beliau berkata, kerjasama lebih 50 tahun yang terjalin dalam BN tidak akan terjejas sama sekali.

“Memang ada masalah yang perlu diselesaik­an, namun kami (parti komponen BN) sudah bersama dan bekerjasam­a lebih daripada 50 tahun.

“Bukan sahaja UMNO ada masalah, MCA dan MIC juga ada masalah tetapi apa yang lebih penting ialah meletakkan semula parti di atas landasan yang betul,” katanya pada sidang media selepas pengumuman barisan kepemimpin­an baharu MIC di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Vigneswara­n berkata, persoalan sama ada BN masih perlu dikekalkan atau sebaliknya, itu terpulang kepada parti komponen masing-masing untuk membuat keputusan.

“Bagi MIC, kami akan terus bersama BN sehingga sebarang keputusan dibuat secara bersama oleh parti komponen lain,” katanya.

BN kini menjadi gabungan yang tidak lagi diyakini rakyat disebabkan pelbagai isu dan krisis kepercayaa­n yang dihadapi” Dr Chua Soi Lek, Bekas Presiden MCA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia