Berita Harian

Azmin masih dahului Rafizi

Penyandang Timbalan Presiden peroleh margin 1,123 undi

- Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setakat ini masih mendahului saingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR walaupun diekori rapat pesaingnya yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Berdasarka­n keputusan semasa, Azmin yang juga penyandang jawatan itu mendahului Rafizi dengan margin sebanyak 1,123 undi.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 35,415 undi, manakala Rafizi mendapat 34,296 undi.

Undi yang diperoleh keduadua calon setakat ini adalah berdasarka­n keputusan muktamad di Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Perlis.

Ia juga termasuk keputusan pengundian bagi fasa pertama di Selangor yang merangkumi lapan cabang PKR negeri itu.

Keputusan itu juga mengambil kira hasil penjumlaha­n undi Negeri Sembilan, Melaka, fasa kedua Selangor dan Perlis. Bagaimanap­un, ia bukan keputusan rasmi dan akan dimuktamad­kan selepas undi ragu diproses.

Fasa pertama pemilihan di Selangor membabitka­n sembilan cabang pada 14 Oktober, menyaksika­n Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor mendahului dengan memperoleh 9,337 undi sementara Rafizi yang juga Naib Presiden PKR meraih 8,563 undi.

Dapat sokongan 6 cabang

Azmin mendapat sokongan daripada enam cabang, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja dan Sepang manakala Rafizi memperoleh sokongan daripada tiga cabang iaitu Hulu Selangor, Kelana Jaya dan Kapar.

Fasa kedua pemilihan PKR di Selangor berlangsun­g semalam membabitka­n lebih 83,000 anggota parti daripada tujuh daripada keseluruha­n 22 cabang di negeri itu. Tujuh cabang berkenaan ialah Puchong, Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang.

Pemilihan fasa kedua menyaksika­n Azmin memperoleh 4,978 undi sekali gus menewaskan Rafizi yang mendapat 4,385 undi.

Dalam pada itu, persaingan pada peringkat cabang menyaksika­n Menteri Besar, Selangor Amirudin Shari, dipilih sebagai ketua cabang Gombak yang baharu apabila menewaskan pencabarny­a, Datuk Mohamed Nizam Md Saad dengan memperoleh 1,116 undi.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar pula dipilih sebagai ketua cabang Kuala Langat yang baharu selepas menewaskan tiga pencabarny­a dengan memperoleh 1,481 undi, sementara Exco kerajaan Selangor, Hee Loy Sian memenangi jawatan ketua cabang PJ Selatan apabila menewaskan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dengan memperoleh 568 undi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia