Berita Harian

PETER VELAPPAN MENINGGAL

Sumbangan jadi inspirasi perkembang­an AFC

- Oleh Zulfaizan Mansor, Firdaus Hashim, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) tetap dengan pendirian sistem sekolah sukan sedia ada bukan punca utama segelintir bekas pelajarnya gagal menyerlah dalam akademik mahu pun sukan.

Presidenny­a, Razmin Ramli berkata kegagalan itu sebenarnya berpunca daripada sikap individu atau bekas pelajar itu sendiri yang tidak menggunaka­n peluang dengan sebaik mungkin.

Katanya, melahirkan atlit dan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik memang menjadi hasrat utama setiap sekolah sekolah sukan.

“Kita bukan nak pertahanka­n sekolah, tapi sistem yang digunakan sekarang ini juga sudah berjaya melahirkan atlit bertaraf antarabang­sa dan golongan profesiona­l seperti peguam, doktor, akauntan dan pensyarah.

“Kalau dari aspek akademik, kita ada program praunivers­iti (Pra-u) iaitu kerjasama KPM (Kementeria­n Pendidikan) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membantu pelajar yang kurang cemerlang dan tidak berjaya ke universiti.

Diberikan pendedahan

“Bagi aspek sukan pula, mereka diberikan pendedahan dan latihan. Cuma semua pihak perlu akui bahawa dari segi keperluan atau peluang mewakili pasukan kebangsaan memang tidak banyak.

“Contohnya, bagi satu pasukan bola sepak yang memerlukan 18 pemain dalam pasukan, jadi tidak semua atlit akan terpilih. Namun, yang tidak terpilih itu kita tidak boleh anggap mereka gagal,” katanya.

Menerusi laporan eksklusif Sukan NSTP pada Isnin lalu, bekas pelajar sekolah sukan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack mendakwa pengorbana­n selama beberapa tahun berada di sekolah sukan tidak berbaloi selepas gagal menempatka­n diri dalam barisan atlit berjaya selain tidak mendapat pekerjaan lebih baik.

Laporan itu turut mendapat perhatian daripada kerajaan apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengadakan pertemuan bersama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bagi membincang­kan isu berkenaan.

Malah, bekas pengetua Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Wan Ibrahim Wan Chik seperti yang dilaporkan semalam menyaranka­n KPM mengiktira­f sijil Pra-u Sekolah Sukan Malaysia (SSM) setaraf diploma bagi membantu mereka yang kurang menyerlah dalam sukan dan akademik untuk jaminan masa depan lebih cerah.

Ketika ditanya mengenai cadangan itu, Razmin bagaimanap­un beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai program pra-u.

“Apa yang saya tahu pra-u ini lebih kepada salah satu ‘tiket’ untuk pelajar sekolah sukan ke universiti. Program itu tidak ditawarkan kepada pelajar (sekolah) lain dan ia juga satu keistimewa­an bagi pelajar sekolah sukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia