Berita Harian

Kapten Perak anggap tugas berat

-

Ipoh: Walaupun membawa bekalan selesa ketika bertandang ke Stadium Likas malam ini, kapten Perak, Shahrul Mohd Saad akur bakal berdepan tugas sukar apabila membuat perhitunga­n menentang Sabah.

Bagi pemain kebangsaan itu, kelebihan lima gol skuad The Bos Gaurus bukan satu jaminan laluan mereka sudah terbentang luas atau sudah layak secara automatik ke pentas akhir.

“Masih ada tugas berat buat kami malam esok (malam ini). Ada 90 minit lagi untuk kami mempertaha­nkan kedudukan ini. Begitu juga Sabah mereka juga boleh berbuat sesuatu dalam tempoh itu.

“Walaupun nampak sukar tetapi bukan mustahil mereka memadam kelebihan itu.

Perlu fokus

“Pemain Perak perlu fokus 100 peratus terhadap tugasan jika tidak mahu berputih mata. Yang pasti perlawanan ini akan berlangsun­g sengit dan hebat, kerana Sabah akan turun dengan azam dan tekad untuk memenangi perlawanan.

“Kami perlu elak dibolosi sebarang gol terutama di peringkat awal perlawanan kerana ia akan menyemarak semangat tuan rumah,” kata Shahrul ketika dihubungi dari Kota Kinabalu.

Namun, Shahrul yakin pemain Perak juga tahu apa yang perlu dilakukan bagi memastikan impian mara ke perlawanan akhir selepas penantian selama 11 tahun menjadi kenyataan malam ini.

Dalam aksi separuh akhir pertama, Perak menang besar 5-0 di Stadium Ipoh sekali gus menepati ramalan selaku pasukan pilihan ke pentas akhir Piala Malaysia, musim ini.

Jika layak, mereka akan berdepan satu lagi pemenang antara Terengganu FC (TFC) atau Johor Darul Ta‘zim (JDT) yang akan membuat perhitunga­n separuh akhir kedua, di Stadium Larkin, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia