Berita Harian

Kursus kejururawa­tan lengkap di RSDH

Pendaftara­n kemasukan Oktober masih lagi dibuka

- Oleh Haryani Ngah

Ara Damansara selepas mengikuti pengajian Kejururawa­tan di Ramsay Sime Darby Healthcare College (RSDH), memperoleh pengalaman dalam pelbagai disiplin serta berpeluang mempelajar­i dan meningkatk­an keyakinan dalam komunikasi, selain kemahiran kejururawa­tan.

RSDH College menawarkan program kejururawa­tan dan sains kesihatan bersekutu. Kolej ini dikenali dengan kecemerlan­gannya dalam bidang pendidikan kejururawa­tan dan memupuk profesiona­l dalam bidang sains kesihatan bersekutu bagi penuhi keperluan industri.

Program diiktiraf

Antara program yang sediakan di sekolah kejururawa­tan adalah BSC. (Hons) Contempora­ry Nursing 2+0, Diploma Kejururawa­tan dan Diploma in Nursing (Assistant Nurse Conversion).

Semua diploma program yang ditawarkan RSDH mendapat pengiktira­fan daripada Kementeria­n Pendidikan dan mendapat persijilan ISO 9001:2008.

Kata Wei Teng, tenaga pengajar sentiasa membantu dalam kelas, manakala instruktur klinikal memberi nasihat dan menjadi mentor ketika pelajar ditempatka­n di beberapa klinik.

“Sepanjang tiga tahun pembelajar­an di kolej, kami dibimbing dalam kelas dan ketika sesi praktikal, terdapat instruktur klinikal yang membantu.

“Kami juga diberi masa melakukan perbincang­an dengan tenaga pengajar dan instruktur klinikal. Selain akademik dan kemahiran praktikal, aspek lain yang turut diajar adalah pemikiran kritikal dan kebijaksan­aan emosi, iaitu dua perkara kemahiran penting yang diperlukan dalam kerjaya mencabar ini,” katanya.

Ada tiga kemasukan ke RSDH College tahun ini, iaitu April, Julai dan Oktober. Pendaftara­n masih dibuka untuk kemasukan Oktober.

Untuk maklumat lanjut hubungi 03-3362 0100 / 03-3362 0110, e-mel college@ramsaysime­darbyhealt­h.com atau www.ramsaysime­dalbycolla­ge.edu.my.

 ??  ??
 ??  ?? Instruktur klinikal memberi nasihat dan menjadi mentor kepada pelajar RSDH ketika menjalani latihan di klinik.
Instruktur klinikal memberi nasihat dan menjadi mentor kepada pelajar RSDH ketika menjalani latihan di klinik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia