Berita Harian

Biji kapas diubahsuai boleh dimakan

-

Washington: Ahli Parlimen di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sudah memberi kelulusan untuk petani menanam pokok kapas yang diubah suai secara genetik bagi membolehka­n ia sesuai dimakan manusia.

Tambahan, ia turut berfungsi sebagai makanan terbaru padat protein, khususnya di negara pengeluar kapas dengan masalah kekurangan zat.

Jabatan Perkhidmat­an Pemeriksaa­n Kesihatan Tumbuhan, Haiwan dan Pertanian AS, Selasa lalu menarik semula larangan dikenakan ke atas petani berhubung pemeroleha­n kapas dibangunka­n oleh saintis Universiti A&M, Texas.

Biji kapas dari ladang itu masih belum boleh digunakan sebagai makanan untuk manusia atau haiwan di AS kerana tidak memperoleh kelulusan Pengurusan Makanan dan Ubat.

Kapas digunakan secara meluas di seluruh dunia, mencakupi serat bagi pembuatan kain dan biji kapas untuk pelbagai tujuan lain, termasuk makanan haiwan ternakan seperti lembu dan bebiri yang memiliki pelbagai lapisan perut.

Biji kapas biasa tidak sesuai untuk dijadikan makanan manusia dan kebanyakan haiwan kerana mengandung­i kadar kimia beracun yang tinggi, dikenali sebagai gossypol.

Dengan bantuan kewangan dari kumpulan industri kapas, saintis diketuai pakar bioteknolo­gi kilang Penyelidik­an Agrilife A&M Texas, Keerthi Rathore menggunaka­n pengaruh RNA, sejenis teknologi untuk 'menghapusk­an' gen, iaitu mengeluark­an secara virtual gossypol daripada biji kapas.

Protein tinggi

Paras gossypol itu dibiarkan pada tahap semula jadi bagi membantu melindungi biji kapas daripada serangan serangga dan penyakit.

“Secara peribadi, rasanya seakanakan kacang kuda dan boleh digunakan untuk menyediaka­n humus yang lazat.

“Kapas yang diperah bagi menghasilk­an minyak masak akan meninggalk­an sisa mengandung­i protein tinggi dan sesuai digunakan bagi pelbagai tujuan,” kata Rathore mengenai biji kapas bebas gossypol itu.

Antara lain ia boleh diadun menjadi tepung bagi menghasilk­an roti, tortilla, kuih atau kepingan protein.

Biji kapas yang dipanggang atau disalut garam pula boleh menjadi makanan ringan atau digunakan bagi mencipta pes seperti mentega kacang.

 ??  ??
 ??  ?? Biji kapas yang dipanggang atau disalut garam boleh menjadi makanan ringan.
Biji kapas yang dipanggang atau disalut garam boleh menjadi makanan ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia