Berita Harian

SPRM SIASAT SYARIKAT DIKAITKAN DALAM KES RASUAH ZAHID

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat syarikat dan individu yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung pendakwaan kes rasuah terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya akan menyiasat mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam kes rasuah.

“Kita siasat siapa yang terbabit dengan rasuah. Setakat ini, ada

satu syarikat (didakwa berkaitan dengan kes itu) mendakwa mereka tidak terbabit dan terpulang kepada mereka untuk berkata apa saja.

“Jika siasatan SPRM menunjukka­n syarikat itu tidak terbabit dalam apa-apa perkara rasuah, mereka tidak bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia di sini, semalam.

Kelmarin, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas 45 pertuduhan.

Tak beku akaun Ahmad Zahid

Ditanya berhubung pembekuan aset milik Ahmad Zahid, Azam berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian pada masa ini.

Sementara itu, tugas berkaitan Jabatan Imigresen Malaysia tidak tergugat susulan pendakwaan Ahmad Zahid berhubung kontrak cip pasport.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya

hanya perlu memastikan pasport dikeluarka­n kepada orang ramai mencukupi.

“Kita ada dengar tuduhan berkenaan tetapi tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak mahu dilihat subjudis.

“Apa yang kita boleh pastikan Imigresen bersedia dalam setiap tindakan bagi memastikan stok pasport sentiasa ada,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Pengarah Imigresen di kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi, semalam.

 ?? [FOTO MIKAIL ONG / BH] ??
[FOTO MIKAIL ONG / BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia