Berita Harian

Mancini fokus bawa Itali ke Euro 2020

-

Milan: Roberto Mancini menegaskan, jika Itali gagal di pentas Liga Negara-negara, ia bukannya satu drama kerana objektif utamanya adalah menjadi kompetitif di Euro 2020.

Mancini mengambil alih tugas jurulatih Itali pada Mei lalu, selepas juara dunia empat kali itu gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia.

Begitupun sejak itu, Itali hanya menang satu perlawanan - persahabat­an menentang Arab Saudi dan ketika ini, menghuni tangga tercorot Kumpulan A3, Liga Negara-negara Eropah selepas mengumpul satu mata daripada dua aksi.

“Sasaran kami adalah untuk bersedia bagi Euro 2020,” kata bekas pengurus Manchester City dan Inter Milan itu menjelang aksi melawan Poland.

“Jika kami tewas, ia tidak banyak mengubah apa-apa. Ia bukannya seperti kami terlepas aksi di Euro dan tidak akan bermain lagi. Ia boleh berlaku kepada England, Croatia atau Belanda.

Bergelut bina pasukan

“Liga Negara-negara dicipta supaya negara-negara tidak memandang mudah perlawanan persahabat­an. Saya tidak dapat lihat perlunya ada drama di situ.”

Bulan lalu, Itali diikat 1-1 oleh Poland di Bologna dan tewas 0-1 kepada juara Eropah, Portugal.

Pertahanan Itali, Leonardo Bonucci sebelum ini lantang mengkritik dengan berkata, situasi menjadi semakin buruk buat pasukan itu sejak kegagalan mereka ke Piala Dunia, tetapi Mancini menafikann­ya.

Sebelum ini, Itali diikat 1-1 oleh Ukraine pada aksi persahabat­an, Khamis lalu di Genoa.

“Saya tidak fikir bola sepak kami ketika ini pada tahap kosong atau bawah kosong,” kata bekas pemain kebangsaan Itali berusia 53 tahun itu.

“Bola sepak kami ketika ini secara teknikalny­a berada pada fasa cuba membina semula pasukan selepas Piala Dunia.

“Ia terjadi kepada semua negara, dan ketika ini kepada Itali. Kami perlu sabar dan bersatu.

“Kami sedang bekerja dan saya fikir kami akan memperoleh pasukan hebat yang akan membuatkan kami bangga.” AFP Jurulatih Itali

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia