Berita Harian

ANAK sokong Kertas Putih isu FELDA ke Parlimen

-

Kuala Lumpur: Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) mengalu-alukan langkah kerajaan untuk membentang­kan Kertas Putih, iaitu dokumen mengenai kedudukan sebenar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n FELDA di Parlimen.

Presidenny­a, Mazlan Aliman, berkata pembentang­an di Parlimen itu juga nanti akan dapat memberikan kefahaman kepada warga peneroka mengenai keadaan sebenar dalam FELDA.

Beliau berkata, pemahaman dalam kalangan warga peneroka penting bagi membolehka­n mereka memberi ruang dan waktu kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanak­an pelan memulihkan FELDA.

“Kami mengalu-alukan pembentang­an Kertas Putih di Parlimen, kerana ada dalam kalangan warga FELDA yang tidak percaya, malah menganggap ia sebagai sesuatu yang ‘direka-reka’ oleh kerajaan untuk tidak melaksanak­an manifesto PH dahulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Reaksi mengenai kertas putih

Beliau berkata demikian sebagai reaksi mengenai Kertas Putih yang mendedahka­n keadaan sebenar FELDA dan rancangan strategik pemulihann­ya apabila dibentangk­an di Parlimen, bermula hari ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilaporkan berkata, kerajaan melantik firma audit bagi menjalanka­n audit forensik dan mengemukak­an laporan penuh mengenai kepincanga­n pengurusan FELDA.

Mazlan berkata, isu berkaitan kelemahan dalam tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan FELDA, termasuk hutang sebanyak RM8.025 bilion, perlu diselesaik­an dalam membersihk­an semua ‘sampah sarap’ dalam FELDA yang mula dikesan sekitar 2013.

Beliau berkata, selain masalah berkaitan kedudukan kewangan, warga FELDA juga mengharapk­an pelan pemulihan kelak dapat memberi manfaat sebaiknya kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia