Berita Harian

ADB kurangkan unjuran KDNK Malaysia

-

Bank Pembanguna­n Asia (ADB) mengurangk­an unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.0 peratus tahun ini, berbanding unjuran 5.3 peratus sebelumnya.

Dalam laporan Kemas Kini Tinjauan Pembanguna­n Asia 2018, ADB turut mengurangk­an unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia tahun depan kepada 4.8 peratus berbanding 5.0 peratus sebelumnya.

Sementara itu, inflasi diunjur berkembang sederhana kepada 1.4 peratus tahun ini berbanding 2.6 peratus yang diunjurkan sebelum itu, namun naik kepada 2.0 peratus pada 2019 berbanding 1.8 peratus unjuran terdahulu.

Ia berkata, pelaburan di Malaysia adalah lebih berbanding jangkaan pada separuh pertama tahun ini, di tengahteng­ah peralihan kepada kerajaan baharu, manakala dasardasar akan datang dijangka memihak perbelanja­an berbanding pelaburan.

ADB berkata, di sebalik pertumbuha­n eksport separuh pertama yang kukuh di negara ini, peralihan kepada kerajaan baharu dan perubahan keutamaan dasar memberi kesan ke atas pelaburan sektor awam dan swasta.

“Ia ditambah pertumbuha­n sektor pertanian yang lebih lemah, dijejaskan cuaca buruk serta penurunan harga sawit antarabang­sa.

“Perbelanja­an dijangka melonjak pada suku ketiga 2018 apabila Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang lebih luas selepas tempoh cuti cukai tiga bulan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia