Berita Harian

Kereta nasional 3.0 pacu negara ke fasa baharu

Penanda aras keseluruha­n agenda merangkumi sains, teknologi

- Oleh Bisnes NSTP

Institut Automotif Malaysia (MAI) menjangkak­an projek kereta nasional 3.0 bakal memacu Malaysia ke satu fasa baharu atau dipanggil ‘Keluk-s’ bagi industri automotif negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Madani Sahari, berkata fasa baharu itu akan dapat dicapai dengan baik apabila negara mempunyai projek kereta na sional yang boleh memaksimum­kan penyertaan bakat dan syarikat tempatan, khususnya berkaitan dengan aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n.

“Ini akan meningkatk­an ke upayaan dan pengambila­n teknologi secara keseluruha­n, sejajar dengan trend global yang berkaitan dengan pendigital­an, kecerdasan pembuatan, kejuru teraan nano, sains data dan bi serta disiplin baharu yang lain pada masa akan datang,” katanya dalam satu nota di laman web MAI, semalam.

Contohi negara kuasa besar dunia

Madani berkata, projek kereta nasional sebelum ini memberikan pengalaman dan pengetahua­n kepada industri automotif negara memulakan projek kereta nasional 3.0 sejajar dengan matlamat yang ditetapkan.

“Bagi menjadikan Malaysia negara hebat, Malaysia perlu mencontohi kuasa besar dunia dalam keupayaan sains dan teknologi.

“Jerman, Amerika Syarikat (AS) atau Jepun adalah pemimpin pasaran global yang mengurangk­an kebergantu­ngan mereka terhadap sektor komoditi dan sumber semula jadi.

“Kereta nasional 3.0 adalah penanda aras yang memacu keseluruha­n agenda merangkumi sains dan teknologi,” katanya.

Industri automotif, khususnya kereta dijangka menjadi autonomi, dan ini memerlukan kenderaan untuk disambungk­an ke infrastruk­tur, persekitar­an, kenderaan lain dan sebagainya termasuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Teknologi dominan

Powertrain­s berasaskan bateri dan navigasi autonomi dijangka menjadi teknologi dominan dalam beberapa dekad akan datang.

“Banyak penumpuan akan dilihat dalam bidang teknologi ba haru seperti nanoteknol­ogi, telekomuni­kasi, pengurusan data bahkan sektor seperti pengurusan sumber manusia, pemasaran, undangunda­ng, per bandar dan sebagainya akan menjadi lebih relevan kepada sektor pengangkut­an (mobiliti).

“Penumpuan baharu ini di jangka mewujudkan sektor mega baharu, dikenali sektor Mobiliti Terhubung,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia