Berita Harian

KWSP sasar tingkat peruntukan dana PE

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyasarka­n untuk meningkatk­an peruntukan dana ekuiti swasta (PE) melebihi 3.0 peratus bagi tempoh 10 tahun akan datang berbanding 2.0 peratus, ketika ini.

Pengerusin­ya, Tan Sri Samsudin Osman berkata ini berikutan pasaran PE domestik masih di peringkat awal dan pelabur institusi termasuk KWSP, semakin giat memainkan peranan dalam pelaburan PE berikutan keupayaann­ya menjana pulangan jangka panjang yang memberangs­angkan.

“(Prestasi) ekuiti swasta ini juga berpotensi melangkaui kelas aset lain sewaktu dalam kitaran ekonomi tertentu,” katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak PE Global KWSP 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Samsudin berkata PE juga menjadi keutamaan para pelabur yang berminat untuk menyertai potensi pertumbuha­n besarbesar­an di Asia.

“Kami berharap sidang kemuncak ini akan menjadi platform tepat untuk terus memajukan serta mempromosi ekosistem PE di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata, KWSP turut memasukkan mandat teknologi dalam program PE kendaliann­ya seiring dengan peningkata­n peranan teknologi dalam kehidupan seharian dan peluang pelaburan.

Sasar isytihar dividen sebenar 2.0 peratus

Dalam pada itu, KWSP menyasarka­n untuk mengisytih­arkan dividen sebenar pada kadar sekurangku­rangnya 2.0 peratus bagi purata tiga tahun dan mandat baharu itu dijangka dapat menawarkan pulangan dengan risiko diselaras serta memenuhi sasaran lindungi nilai inflasi.

Lebih 400 peserta mewakili pemimpin PE serantau dan global, rakan, pelabur, penasihat dan perunding menghadiri sidang kemuncak itu.

Antara barisan penceramah persidanga­n berkenaan adalah Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama KKR, Henry R. Kravis; Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Vista Equity Partners, Robert F. Smith; Pengarah Urusan dan Ketua Asia Tenggara Warburg Pincus, Jeffrey Perlman ; Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pelaburan Gojek, Kevin Aluwi; Pengarah Urusan AIMS Group, Marc Boheim; Pengarah Rakan Kongsi dan Ketua Pegawai Pelaburan LGT Capital Partners, Ivan Vercoutere.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia