Berita Harian

RSDHC lahir pakar fisioterap­i

Pelajar berpeluang ikuti latihan klinikal di tiga buah hospital di bawah kumpulan

- Oleh Haryani Ngah

College (RSDHC).

Vijatha memilih RSDHC kerana ia menawarkan pengalaman yang sangat rapat dengan persekitar­an pekerjaan.

Pada lawatan pertamanya di RSDH, ketua jabatan memberi penerangan program Diploma in Physiother­apy secara jelas.

Pengalaman mengikuti pengajian di RSDHC sangat berharga kerana hubungan yang dibina antara pelajar, fakulti dan kakitangan kolej sangat erat.

Beri keyakinan

Hubungan rapat antara pelajar dan pensyarah membolehka­n mereka berbincang secara terbuka, memberi keyakinan kepada pelajar bertanyaka­n soalan, membangunk­an kemahiran insaniah dan berani berdepan orang ramai apabila menamatkan pengajian dan menjadi ahli fisioterap­i.

Perbezaan kepakaran dan bidang membolehka­n pelajar mudah mendapatka­n pekerjaan di hospital, klinik, pusat rehab dalam masyarakat, pusat kecergasan atau sebagai ahli akademik dengan pengalaman berkaitan.

Program Diploma in Physiother­apy mengambil masa tiga tahun membabitka­n enam semester.

Pelajar mempunyai akses kepada banyak makmal di kampus yang membolehka­n mereka mempraktik­kan teknik fisioterap­i seperti elektroter­api dan terapi secara manual.

Pensyarah akan berkongsi pengalaman menggunaka­n teknologi sekalipun ia tidak ada di kampus dengan cara menggunaka­n video bagi memastikan pelajar mendapat pembelajar­an terkini.

Pensyarah akan membawa pesakit ke kampus untuk mengajar secara jelas dan berdepan dengan kes yang kompleks.

RSDHC, kampus Setia Alam adalah anak syarikat Ramsay Sime Darby Health Care Group dan bekerja sama dengan Ramsay Health Care (Australia) dan Sime Darby (Malaysia).

Kelebihan mengikuti pengajian di RSDHC adalah pelajar berpeluang mengikuti latihan klinikal di tiga buah hospital di bawah kumpulan RSDH seperti Ara Damansara Medical Centre, Subang Jaya Medical Centre dan Parkcity Medical Centre.

Pelajar berpeluang berkhidmat di pusat kesihatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.

Calon yang berbakat berpeluang mendapat tawaran pekerjaan di hospital di bawah Yayasan Sime Darby yang turut menawarkan biasiswa bagi mereka yang layak.

 ??  ??
 ??  ?? Vijitha pelajar lepasan diploma fisioterap­i dari RSDHC.
Vijitha pelajar lepasan diploma fisioterap­i dari RSDHC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia