Berita Harian

UPKO sokong siasat semula kes 1MDB

-

Tuaran: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) menyokong siasatan semula kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) agar individu yang bertanggun­gjawab terhadap isu itu dikenakan tindakan undangunda­ng.

Pemangku Presidenny­a, Datuk Seri Madius Tangau, berkata siasatan itu perlu dilakukan memandangk­an isu berkenaan menyebabka­n keyakinan pelabur merosot, selain menjejaska­n ekonomi negara.

“Ini yang kita harap dapat diselesaik­an untuk mengembali­kan keyakinan pelabur demi pembanguna­n di Sabah, khususnya pembinaan infrastruk­tur seperti pelabuhan dan jalan raya,” katanya kepada media selepas menyempurn­akan Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tuaran di sini, semalam.

Pendedahan

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian negeri, berkata banyak perkara yang tidak diketahui mengenai isu 1MDB sebelum ini seperti wang dari Kementeria­n Kewangan digunakan untuk membayar hutang syarikat pelaburan berkenaan.

Katanya, pendedahan terhadap isu itu berdasarka­n maklumat yang diperoleh kerajaan baharu diterajui Pakatan Harapan (PH), selain diberikan pihak pengurusan 1MDB sendiri.

Dalam pada itu, mengulas pencapaian 100 hari kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN), PH dan UPKO yang membentuk kerajaan baharu di peringkat negeri, Madius berkata, semua parti bekerjasam­a dengan baik sebagai satu pasukan.

Terdahulu dalam majlis berkenaan, Madius menerima kemasukan seramai 1,326 ahli baharu ke dalam UPKO, termasuk 200 bekas ahli MCA Tuaran yang diketuai bekas setiausaha MCA Tuaran, Chung Yee Fung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia