Berita Harian

Siti Rahmah tumbang suku akhir acara silat

-

Jakarta: Juara dunia tiga kali dan prospek emas kontinjen negara di Sukan Asia Jakartapal­embang 2018, Siti Rahmah Mohamed Nasir tumbang pada saingan suku akhir semalam.

Kekalahan itu sekali gus meranapkan impiannya untuk meraih emas pada temasya terbesar Asia ini ketika silat dipertandi­ngkan buat kali pertama.

Siti Rahmah tunduk kepada wakil Vietnam, Thi Cham Nhi di Padepokan Pencak Silat, TMII, di sini.

Lebih menyedihka­n ia adalah penampilan terakhir pesilat berusia 31 tahun itu di Sukan Asia sebelum mengambil keputusan untuk bersara.

Lakukan yang terbaik

Setiausaha Agung Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya tidak ‘panik’ dengan keputusan itu malah mengakui pesilatnya itu sudah melakukan yang terbaik.

“Saya akui sedikit kecewa kerana tidak dapat melihat pesilat kesayangan saya beraksi di final terutama di pentas Sukan Asia.

“Saya faham kesulitan yang dialami Rahmah kerana terpaksa beraksi dalam Kelas D iaitu bukan acara kesukaanny­a kerana kelas E tidak dipertandi­ngkan di Sukan Asia,” katanya.

Penampilan Olahragawa­ti Kebangsaan itu dalam sukan pencak silat tidak pernah mengecewak­an.

Dia pernah meraih tiga gelaran dunia pada 2012, 2015 dan 2016. Dia juga meraih dua emas pada Sukan SEA (2015 dan 2018).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia